Makarimi Abdullah
Rasa terpanggil untuk menulis dalam bahasa ibunda untuk post kali ini. Bukannya tak mahu atau malu nak menulis dalam bahasa ibunda, tetapi ada dua faktor yang mempengaruhi. Pertama, berdasarkan pelawat kepada blog ini kurang lebih 50% pengunjung adalah pelawat luar dari Malaysia. Jadi sebagai pemudah cara saya menulis dalam bahasa kedua ini. Rasanya kebanyakan rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa Inggeris, jadi diharapkan tidak ada masalah buat semua. Keduanya, saya perlu menajamkan penulisan dalam bahasa kedua ini. Ia bagi memudahkan urusan kerja yang banyak menggunakan bahasa ini, walaupun  sebenarnya saya ini bukanlah bagus sangat penulisan untuk bahasa ini. Dengan harapan, latihan penulisan di sini sedikit sebanyak membantu diri ini untuk memudahkan urusan kerja seharian.
Ok, berbalik kepada tajuk 'post' ini. Kebetulan pada 26 Jun yang lalu, ada pertandingan orkid di Taman Rimba Herba, Perlis. Kelapangan masa yang ada selepas pertandingan yang tamat sekitar jam 2.00 petang, memberi kesempatan kepada saya dan rakan-rakan 'sekereta' singgah menjamu mata orkid di halaman teman. Teman yang dimaksudkan ialah Yussof alibunga (nama dalam FB), yang mana saya lebih mesra panggil Abang Chop. Mungkin sudah ramai yang mengenali Abang Chop ini...terutamanya rakan-rakan di FB. Ini merupakan kunjungan ke dua saya dan rakan-rakan ke rumah Abang Chop. Kali pertama terlupa bawa kamera...jadi hendak buat post tanpa gambar tak seronok pula.
Yussof alibunga (Abang Chop)

Ramai juga rakan FB yang tahu, yang Abang Chop ni banyak koleksi 'Tiger Orchid'nya...heehee memang ada kelas tersendiri...saya yang dah lama kumpul pun tak ada koleksi sepertinya...aduh 'jealous' sungguh dengan koleksi beliau. Kalau Abang Chop baca post ini, jangan lupa, saya nak satu tiger orchid tu...tapa jadi pun saya memang nak orkid itu, tak boleh tidur dibuatnya.
Melihat kepada pekembangan koleksi Abang Chop, sekarang banyak juga koleksi baru. Keadaan halaman orkid beliau, ramai rakan sedia maklum...tersusun rapi. Apapun tahniah kepada Abang Chop, koleksi orkidnya banyak yang bagus-bagus, yang mana majoritinya cukup segar dan sihat.  Selain itu Abang Chop juga mempunyai koleksi Cycad, bosai dan juga pokok-pokok unik. Bersama ini dikepilkan beberapa gambar halaman orkid Abang Chop untuk di kongsi bersama di sini.

Grammatophyllum hybrid

Grammatophyllum speciosum

Collection of tiger orchid


Collection of tiger orchids

Orchid house

Orchid house



Bulbophyllum species

Bulbophyllum graveolens

Grammatophyllum stapeliiflorum

Cycad

Bonsai

Bonsai : Pandan bukit

Labels: edit post
4 Responses
  1. b-a-g Says:

    I love the orchid house !


  2. b-a-g> Thanks for your visit. That orchid plant only for temporary use, the owner put like that because he will move to new house. I'm sure he will have more bigger and 'pretty good' orchid house later.


  3. kabox Says:

    cantik orkid abg chop
    abg chop tgal kt mne
    sy peminat orkid jugak


  4. kabox> Abg chp tinggal di Perlis. Tamn apa tak ingat tapi ia tak jauh dari Putra Palace Hotel.