Makarimi Abdullah
Kiriman istimewa dari negara Uncle Sam ini di terima Jumaaat lalu. Ini adalah kali ke-4 pesanan OdD dari negara ini. Cuma kali ini yang sempat OdD muat turun di sini. Yang lain-lain tu...tak ada pulak gambarnya...kerana waktu itu OdD belum serius dalam ber'blogging' ini...;-)
Kiriman kali ini terlalu istimewa buat OdD kerana ia diterbangkan khas dari Golden Gate Bridge! Bertambah lagi koleksi OdD ;-).
The special shipment is arrived from Uncle Sam country on last Friday. This is my 4th time order from this country. Only this time I uploaded to this blog. The previous once...no lol, because last time I'm not too serious in blogger world.
This shipment is specially flown in from the Golden Gate Bridge!
Even more collection of OdD ;-)
Makarimi Abdullah
Setelah sabar seminggu menunggu selepas pulangnya dari Bangkok, Thailand akhirnya kiriman tiba dari kota gajah. Kiriman tiba ke destinasi pada waktu malam di rumah teman OdD. Malam ker siang ker....OdD redah juga pergi ambil. Fuuhhh lega....rasanya di hati...dapat juga buah tangan ini, tapi malangnya 4 pokok OdD lesap...entah ke mana pergiinya pun tak tahu. Apapun OdD bersyukur kebanyakan orchid OdD masih elok dan segar.
After a week since arrive Malaysia, I got a call! The shipment from elephant city arrived. Late at night. But I don't care even really early in the morning, I want to go to collect my 'prize' from elephant city. This time the orchid arrived at my friend house, after checked the list, I lost 4 plants, sad. But it is Ok, all of the orchid plants looks fresh and good condition. Thanks to god...
.jpg) |
| The box fulls of vanda dan allied hybrid orchids |
 |
| The plants still fresh and the flower still ok ;-) |
 |
| This is how the wrap the flowers...so the flower still OK even 1 week in the box |
Even the simplest wicker basket can become priceless when it is loved and cared for through the generations of a family ~ Sister Parish
Makarimi Abdullah
Dua minggu lepas OdD serta rakan telah pergi ke 20th WOC Singapore. Jadi banyak juga telah membeli belah orkid di sini. Tahu-tahu ajalah...banyak sangat pilihan dah jadi rambang mata...kebetulan pula banyak sangat yang ada dalam 'wish list'. Memang tak lepaskan peluang keemasan ini. Bukan senang nak tunggu peluang seperti ini...mungkin sekali dalam seumur hidup. Sememangnya dah buat perancangan dari awal dulu...sejak dua tahun lepas... dah mula buat simpanan untuk ke WOC ini.
Setelah hampir seminggu menunggu...akhirnya tiba juga kiriman dari Kota Singa ini. Haah...gambar-gambar di bawah ini adalah hasilnya. Memang berbaloi-baloi...sampai naik letih jugalah nak 'repot' buah tangan istimewa ini. Jika nak di 'list' kan ...aduh...banyaknya...Tak apa...slowly OdD akan senaraikan serta laporkan perkembangan 'teman baru OdD' di sini nanti.
 |
| The box loaded in the back sit |
 |
| You can see clearly the size of the box ;-) |
 |
| Haahaa...this is how I pack my orchids...simple 'n' easy! |
 |
| How I arranged it in the box....this is the 1st layer of orchids |
 |
| and here is the last layer of the orchids...the rest already re potted ;-) |
|
|
Even the simplest wicker basket can become priceless when it is loved and cared for through the generations of a family ~ Sister Parish
Makarimi Abdullah
Koleksi terbaru di OdD. Koleksi ini terbang dari jauh....dari benua Australia! OdD ada membuat pesanan dari kawan di FB...memang berbaloi dapat orkid ini. Sudah menjadi idaman sejak sekian lama. Apapun perlu mencuba sesuatu yang baru di laman OdD. Banyak yang berkata orkid ini tak boleh berbunga di sini, bagi OdD ...belum cuba belum tahu...sebabnya Dendrobium kingianum dari benua ini yang ada dalam koleksi OdD pernah berbunga...jadi tak rugi mencuba. Orkid yang di maksudkan adalah Dendrobium speciosum, semuanya 4 jenis dari keluarga ini, silangan dari speciosum dan family hybridnya. Nak lihat hasilnya perlulah tunggu dalam 2-3 tahun dari sekarang. Jadi perlu bersabarlah ;) Apapun di ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan FB ini. Pertolongan anda amat dihargai ;)
New collections in OdD...fly over from Australia Continent! OdD had order from friend through FB. Really worth it to have this new collection in OdD. Many of my friend said this orchid cannot bloom here! Who knows? Never try...never know the result! Life is like experiment...you never know the result until you try your own!
Last time Dendrobium kingianum, which is native to this continent can bloom at my garden, so she can bloom here. Maybe my luck, that new collections can bloom in my garden. The orchid I ordered is Dendrobium speciosum selected hybrid. Really worth it! Thanks a lot to my FB friend! I really appreciate your help...million thanks to you.
A single rose can be my garden... a single friend, my world ~ Leo Buscaglia
Makarimi Abdullah
Dah banyak hari tak update blog ini. Sibuk sikit dengan projek ternakan dan kesihatan diri yang terganggu. Sebelum ni pernah diupdate dalam Orchid talk, pada hari Sabtu 4 Sept bercadang mahu ke Padang Besar. Selepas contact kawan di sana, katanya tak ada orchid baru yang masuk dari Thailand, stok orkid baru cuma masuk pada hari Rabu ini.
Jadi untuk mengubat hati yang sedikit resah tak dapat koleksi baru ni, jadi pergilah jenguk-jenguk di Baling. Rasanya bagi kebanyakan 'hardcore orchid collectors' tentu sudah kenal dengan En Hasrul, dalam FB dikenali sebagai 'Hasrul Padang'. Farm orchid ini terletak di tepi jalan (lebuhraya) Baling-Jeli, mudah sangat di lihat. En Hasrul partner dengan Sahak, kami sudah saling kenal mengenali sejak 5 tahun lepas. Aku sendiri sudah lama sangat tak lawat kawan-kawan ini. Biasanya jumpa di Orchid show saja, last sekali jumpa di Orchid Show December 2009, yang diadakan di QueensBay Mall, Penang.
Jika yang belum pernah sampai lagi...bolehlah singgah tempat Hasrul dan Sahak ini.
Banyak juga yang saya beli (borong) semalam antaranya Bulb. auratum, Bulb. Lepidum (dark color), Dend. Terengganuensis, Phal Amboinensis, Phal Sumatrana dan Dend Griffithianum.
Kedua-dua phal ini sudah ada dulu, begitu juga dengan bulb auratum dan lepidum, lepas renovation yang lepas banyak yang nyawa ikan...jadi terpaksa beli yang baru...sekarang saya mencuba dengan teduhan baru, setelah buat renovation. Harap-harap kali ini menjadilah seperti dulu-dulu.