Makarimi Abdullah
Rasa terpanggil untuk menulis dalam bahasa ibunda untuk post kali ini. Bukannya tak mahu atau malu nak menulis dalam bahasa ibunda, tetapi ada dua faktor yang mempengaruhi. Pertama, berdasarkan pelawat kepada blog ini kurang lebih 50% pengunjung adalah pelawat luar dari Malaysia. Jadi sebagai pemudah cara saya menulis dalam bahasa kedua ini. Rasanya kebanyakan rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa Inggeris, jadi diharapkan tidak ada masalah buat semua. Keduanya, saya perlu menajamkan penulisan dalam bahasa kedua ini. Ia bagi memudahkan urusan kerja yang banyak menggunakan bahasa ini, walaupun sebenarnya saya ini bukanlah bagus sangat penulisan untuk bahasa ini. Dengan harapan, latihan penulisan di sini sedikit sebanyak membantu diri ini untuk memudahkan urusan kerja seharian.
Ok, berbalik kepada tajuk 'post' ini. Kebetulan pada 26 Jun yang lalu, ada pertandingan orkid di Taman Rimba Herba, Perlis. Kelapangan masa yang ada selepas pertandingan yang tamat sekitar jam 2.00 petang, memberi kesempatan kepada saya dan rakan-rakan 'sekereta' singgah menjamu mata orkid di halaman teman. Teman yang dimaksudkan ialah Yussof alibunga (nama dalam FB), yang mana saya lebih mesra panggil Abang Chop. Mungkin sudah ramai yang mengenali Abang Chop ini...terutamanya rakan-rakan di FB. Ini merupakan kunjungan ke dua saya dan rakan-rakan ke rumah Abang Chop. Kali pertama terlupa bawa kamera...jadi hendak buat post tanpa gambar tak seronok pula.
 |
| Yussof alibunga (Abang Chop) |
Ramai juga rakan FB yang tahu, yang Abang Chop ni banyak koleksi 'Tiger Orchid'nya...heehee memang ada kelas tersendiri...saya yang dah lama kumpul pun tak ada koleksi sepertinya...aduh 'jealous' sungguh dengan koleksi beliau. Kalau Abang Chop baca post ini, jangan lupa, saya nak satu tiger orchid tu...tapa jadi pun saya memang nak orkid itu, tak boleh tidur dibuatnya.
Makarimi Abdullah
OJumaat lalu, saya di amanahkan untuk menjaga laman orkid teman, kerana teman sepejabat ini bercuti hari raya. Ketika ke sana, sempatlah di ambil beberapa orkid yang sedang berkembang.
Last Friday, my friend ask me to watering her orchids, because she went home for Eid Mubarak. There are few orchids in bloom, i snap some picture to share here.