Makarimi Abdullah

Last December pergi ke Seoul, Korea atas urusan kerja...Kebiasaanya sambil bekerja sambil mencari sesuatu yang menarik untuk di coretkan di sini.
Jika untuk coretan blog ini sudah tentunya orchid...OdD pergi ke banyak tempat sepanjang perjalanan urusan kerja di sini, satu daerah ke satu dareah yang lain sehingga ke tempat yang cukup popular iaitu Gangnam....
Tapi malangnya tidak pula berjumpa satu pun nursery orchid di sini, nursery biasa pun tak berjumpa, mungkin pada ketika ini musim sejuk. Suhu ketika OdD di sana antara -15C ke 4C, mata mungkin juga tersasar dek kerana kesejukan., banyak sangan yang menarik perhatian OdD.
Walaupun begitu sempat juga mendapat moment menarik untuk berkebun, tanaman sayur-sayuran pelbagai warna di Subway Station. Idea menarik dan ringkas tapi amat mengujakan.

Rekabentuk modul tanaman
Susun atur tanaman sayuran pelbagai warna
Pak Choi Hijau dan Pak Choi Merah

Blue veggies? Tak pasti sayuran apakah ini...

Colorful veggie...tak pasti ia kategori mana yang ini...

Wherever you go becomes a part of you somehow ― Anita Desai

Makarimi Abdullah
Salam Sejahtera,

17 hari sudah meyusuri tahun 2015...rasanya belum terlambat untuk OdD mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 semua.

Lama sungguh tak mencoret sesuatu di sini, bukan tidak ada bahan, ada banyak, tetapi terlalu sibuk dengan tugasan 'cari makan', sampai hobi pun dah banyak yang ketinggalan.

OdD memulakan tahun baru kali ini dengan menyemai benih orkid kacukan OdD sendiri...sungguh teruja, sudah hampir 2 tahun di dalam botol, kini dah sampai masanya untuk di tanam semula.

OdD ada membuat kacukan baru genera Cattleya dan juga Dendrobium, banyak lagi yang akan menyusul selepas ini. Kacukan sebenar biarlah ia menjadi rahsia dulu...bila dah berbunga OdD akan poskan di sini...In Shaa Allah.

Gambar di bawah menunjukkan bibit bibit orkid yang di maksudkan.


Hybrid  Cattleya and Dendrobium - From seedling September 2013

Cattleya's baby plant

Close-up baby cattleya's
Cara - cara menyemai anak botol adalah seperti berikut:

1. Anak-anak orkid di keluarkan dari botol, dan dimasukkan di dalam raga seperti gambar di bawah. Jika di lihat terdapat agar masih terlekat pada akar anak pokok ini.

Baby plants removes from the flask bottle
2. Anak pokok perlu dibersihkan agar yang terlekat pada akar sehingga betul-betul bersih, seperti gambar di bawah.

Baby plants cleaned from agar and separated from dirt

3. Sediakan sphagnum moss yang lembab dan tray anak pokok  seperti gambar di bawah.

Wet sphagnum moss
Compot orchid tray

4. Masukkan sphagnum moss 1/3 penuh di dalam compot dan di padatkan.

Filled compot with sphagnum moss

5. Anak pokok di masukkan di dalam compot dan di lapiskan sedikt moss yang basah di atasnya.


Planted baby orchids
Siraman di buat sehari sekali, bergantung kepada cuaca. Manakala racun kulat perlu mula di sembur pada hari ketiga. Kadar kepekatan racun adalah 1/5 dari kepekatan biasa. Semburan racun kulat perlu dibuat setiap minggu sehingga anak pokok berumur 3-5 bulan, bergantung kepada tumbesarannya.
Manakala pembajaan di mulakan seawal minggu ke-2, dengan kepekatannya 1/5 dari biasa, dan perlu disembur seminggu sekali.
Dalam tempoh 6 bulan, anak pokok sudah boleh di pindahkan ke tumb pot 1-inch. Selepas 1 tahun pokok dah boleh dipindahkan ke pot 3-inch.

Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi OdD, in Shaa Allah OdD akan tolong.



“Trees that are slow to grow bear the best fruit.” - Molière

Makarimi Abdullah
Salam,

Alkisahnya di OdD: Orkid yang berbau wangi di waktu malam

Berbau wangi pada waktu malam! Ramai bagi kebanyakan kita terutamanya yang tinggal di kampung pasti akan teringat sesuatu yang amat menakutkan...ahaaa 'Langsuir' atau mungkin 'Pontianak???'! Mungkin benar, mungkin tidak! Bagi yang pernah ada pengalaman pahit tentu faham apa yang dimaksudkan. OdD tak mahulah cerita bab ini. Tetapi nak cerita tentang orkid yang berbau wangi pada waktu malam!
Memang benar...ada orkid yang berbau wangi pada waktu malam! Kebiasaannya bunga yang berbau wangi waktu malam ni berwarna cerah seperti warna putih atau putih kehijauan. Ini bagi membantu deria serangga  pada waktu malam yang gelap selain baunya.

Ramai yang sedia maklum, bunga sundal malam (Polianthes tuberose) akan berbau wangi menjelang senja. Begitu juga dengan beberapa genera orkid yang menghasilkan bau yang wangi menjelang senja. Antara genera yang dimaksudkan adalah Brassavola dan Angraceum. Jika anda peminat tegar orkid dan dalam koleksi anda mempunyai orkid yang berdarah Brassavola dan
Angraceum jangan berfikiran yang pelik-pelik yer ;) Itu datangnya dari koleksi bunga orkid anda ;)


Gambar di bawah merupakan contoh-contoh orkid dan silangannya yang berbau wangi pada waktu malam. Lady of the night contohnya...mempunyai wangi yang amat kuat pada waktu malam...jadi jangan merasa pelik dengan perkara ini.
 
Brassavola nodosa (Lady of the night)

Brassavola perrinii
Brassavola Jiminy Cricket is a hybrid between Rhyncholaelia digbyana X Brassavola nodosa (Lady of the Night)
Brassavola David Sanders is a hybrid between Brassavola cuculata X Rhyncolaelia dgibyana

Angraecum Lemforde White Beauty is a hybrid between Angraecum magdalenae X Angraecum sesquipedale
 
Mystery creates wonder and wonder is the basis of man's desire to understand ~ Neil Armstrong
DPF (Ebraheem)

Salam Sejahtera,

Alkisahnya di OdD berkaitan  orkid Coelogyne asperata. Ceologyne asperata antara spesis yang mudah membiak. Mungkin ada diantara pembaca yang pernah melihat orkid ini di habitat asal. Ianya mudah didapati di sekitar pesisir sungai dan kawasan air terjun khususnya di lata percutian di Malaysia. Ada sesetengahnya hidup di atas pokok, tebing batu serta diatas tanah di tepi sungai di dalam hutan negara kita.

Jika pembaca pernah berada sepanjang hari dihabitat asal, tuan - tuan akan dapat merasai persekitaran yang diperlukan oleh orkid ini. Soalnya mampukah kita menyediakan persekitaran yang sama dengan habibat asalnya. Jika soalan itu yang diajukan kepada OdD, jawapan OdD: Tidak.

Jadi, bagaimana kita nak menanam orkid jenis ini di halaman kita? OdD tak pasti bagaimana peminat orkid melakukan nya. Disini OdD berkongsi cara yang OdD biasa lakukan.

Coelogynea asperata ini ada yang OdD perolehi dari peraih, cuma ada sepokok yang OdD perolehi di kawasan air terjun (lata percutian) di utara Semenanjung. Anak pokok yang OdD perolehi di kawasan ini cuma bersaiz 3 inchi sahaja, dari dipijak orang OdD bawa pulang untuk di tanam. Setelah hampir 3 tahun, inilah hasilnya.



Pokok ini OdD tempatkan dibawah pohon mangga, dimana diatasnya masih terdapat jaring teduhan sekitar 50%, akan tetapi cahaya matahari pagi masih boleh melimpahi pohon orkid ini.


Ini satu lagi pokok Coelogyne asperata, bezanya dengan yang diatas, yang ini di dedahkan dengan cahaya yang lebih dari 50% teduhan. Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimana pokok ini mampu bertahan dengan terik panas matahari? Pada asalnya pokok ini diletakkan dibawah teduhan pokok ulaman (putat). Dari masa ke semasa pokok ini di pindahkan secara berperingkat sehingga didedahkan kepada panas terik matahari lebih dari 50%. Untuk lebih jelas gambarannya pembaca boleh lihat gambar dibawah.


Pokok didedahkan dengan meletakkannya di hujung jaring teduhan

Pokok ini dipindahkan kehadapan secara berperingkat sehingga ke hujung jaring teduhan yang mana berada di sekitar bayangan pohon pokok tersebut (pokok putat). Proses ini mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan untuk memberi ruang kepada pokok menyesuaikan persekitarannya kepada persekitaran baru.


Pandangan pokok Coelogyne asperata  dari sisi lain

Gambar dibawah merupakan anak pokok yang sedang membesar, jika berhajat untuk membiakkannya; ia bolehlah dipotong pada rhizomenya sekitar 3 - 4 'bulb'. Ia bolehlah di semai dengan memasukkan anak pokok tersebut di dalam pasu 4' - 6" dengan sedikit ketulan arang d dalamnya. Jika kita menyemai semula pokok ini, satu persoalan yang perlu di jawab, apakah yang perlu diusahakan supaya pokok ini terus membiak?


Di sini OdD kongsikan sedikit pengalaman yang OdD lakukan. Kebiasaannya selepas OdD memisahkan pokok dari induk asal, OdD akan tempatkan induk dan keratan yang siap ditanam dibawah tempat berbumbung dan OdD tidak akan menyiram pokok induk dan semaian selama kurang lebih 2 hari. Ini bagi memastikan luka disebabkan keratan rhizome cukup kering bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Selepas termpoh 'bertenang' tersebut, barulah ia akan ditempatkan di tempat asal semula.

Siraman pada pokok keratan OdD akan siram sekali sehari, jika pada pagi harinyya hujan ; petangnya OdD tidak akan siram lagi. Terdapat pengecualian di sini, andainya pada musim kering, siraman pokok perlu pada kadar siraman 2 kali sehari.


Anak Coelogyne asperata pada rhizome baru

Jika diperhatikan anak pokok baru yang keluar pada habitatnya akan kelihatan seperti corong. Tujuannya untuk menyimpan air untuk sementara waktu. Dari pemerhatian OdD, kebiasaan air ini akan tersejat dalam tempoh sekitar 2 - 3 hari.

Membiarkan air bertakung di dalam corong ini akan mendedahkan kepada pembiakan bakteria dan kulat. Tanpa disedari, andai kata kadar sejatan mengambil masa yang terlalu lama ia akan mereput pada pangkal rhizomenya. Seandainya air yang sedia ada di limpahi dengan cairan baja yang digunakan ia akan menyebabkan pangkal tersebut lebih mudah rosak (mereput). Gambar di bawah OdD sertakan contoh anak pokok yang rosak (gugur di pangkal rhizome).

Anak pokok Coelogyne asperata yang reput di pangkal rhizome (Ehsan dari Siti Yang Kassim)
Sedikit panduan berdasarkan pengalaman OdD, sekiranya hendak membaja anak pokok yang baru di semai, sebaiknya kadar cairan baja perlulah lebih cair sekitar 25% dari kepekatan yang dicadangkan untuk pokok biasa.

Gambar di bawah OdD sertakan gambar keadaan pembesaran anak sehingga daunnya terbuka (nearly blooming size).








Pada keadaan daun yang terbuka begini(gambar di bawah) pokok orkid sudah selamat dari air bertakung dan sudah capai tahap matangnya

Anak pokok yang sudah matang

Anak pokok yang sudah matang dan sedia untuk berbunga
Semoga coretan ini memberi sedikit gambaran dan panduan berguna di masa hadapan kepada pembaca untuk menanam semula orkid jenis ini. OdD ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya.


No amount of experimentation can ever prove me right; a single experiment can prove me wrong ~ Albert Einstein
Makarimi Abdullah
Salam,

Let the pictures talking ;) Blooming this week at OdD.

Dendrobium lowii
Blc Lucky Strike x Blc Pink Diamond
Blc Crispin Rosales 'King'

Schormburgkia splendida
Close-up: Schromburgkia splendida
Phalaenopsis cornu-cervi 'flava'
Phalaenopsis Ang Ai Hooi x

Catasetum tenebrosum
Phalaenopsis Phua Chu Guek
Phalaenopsis cornu-cervi 'red'
Laelia tenebrosa



I must have flowers, always, and always ~ Claude Monet













DPF (Ebraheem)
Salam Sejahtera,

Gambar di bawah merupakan pokok Laelia spesis yang baru dibeli seminggu lalu. Media yang digunakan oleh penjual adalah sabut yang dipotong kuib. Pokok ini amat sihat.  Ia diletakkan dibawah bumbung bagi mengelakkan terdedah kepada air hujan. Ini kerana, kelembapan melampau andai dibiarkan berlarutan akan merosakkan akar pokok tersebut. Selang seminggu berada dalam jagaan, telah kelihatan pembentukan kulat putih (white spores).



Media telah kehilatan pembentukan kulat putih (white spores)

Untuk mengelakkan keadaan yang lebih parah, pokok ini perlu ditanam semula. Langkah pertama adalah dengan mengeluarkan pokok dari pasu asal dan semua  kuib - kuib sabut perlu di buang.

Pokok yang telah ditanggalkan dari pasu
OdD amat bernasib baik, kerana kulat putih tidak membiak sehingga lebih ke dalam pasu, sebalinya hanya berada di permukaan media sahaja. Syukur, jika tidak harapan amat tipis untuk pokok ini di selamatkan. 

Kiub - kiub sabut telah di buang dari pokok
Ketika proses untuk membuang sabut, didapati ada sebahagian akar telah rosak. Sekali lagi OdD bernasib baik, kerana tidak banyak yang rosak dan masih banyak juga akar yang masih segar dan aktif.  Pada waktu pemindahan pokok tersebut dilakukan, media masih dalam keadaan yang basah. Hanya akar yang rosak sahaja yang dibuang dan akar yang masih segar dan aktif di biarkan dalam keadaan sedia ada.

Pokok telah siap di tanam semula di dalam pasu tanah liat
Inilah keadaan pokok selepas ditanam semula. Pokok ini diletakkan semula dibawah teduhan yang berbumbung. Pokok ini akan biarkan selama 2 hari tanpa siraman bagi memastikan keratan akar yang dipotong betul-betul kering untuk mengelakkan jangkitan kulat dan bakteria.

Ini adalah kebiasaan yang OdD praktikkan. Andainya pokok berkenaan tiada jangkitan kulat atau penyakit lain, panjang lah umur pokok tersebut. Apa yang akan terjadi selepas ini adalah diatas risiko sendiri. Kebiasaanya, untuk pokok yang OdD 'repot',  pokok tersebut akan dibiarkan selama 2 hari tanpa siraman. Seandainya hendak di aplikasikan baja kepadanya, ia perlulah pada kepekatan yang lebih rendah daripada yang di syorkan, sekitar 25%-50% sekali dalam seminggu. Jika disiram sebolehnya elakkan air bertakung didalam kelongsong anak (sheath). Ini boleh menyebabkan anak pokok baru tersebut mati disebabkan takungan air. Sekiranya air yang mengandungi cairan baja bertakung didalam kelongsong tersebut, anak pokok tersebut akan lebih mudah mati.


p/s ; setiap perkara ada risikonya.. :)


It doesn't matter how beautiful your theory is, it doesn't matter how smart you are. If it doesn't agree with experiment, it's wrong ~ Richard P. Feynman
Makarimi Abdullah
Salam,

Kali ini saya tunjukkan bagaimana nak menanam orkid dari jenis Rhyncostylish dan Aerides.  Post ini menjawab pertanyaan beberapa orang teman FB yang bertanya kepada OdD.

Cara paling mudah adalah di tanam dengan melekatkan pokok pada kayu ataupun boleh juga di tanam di dalam pasu. Berikut adalah cara yang paling mudah dan ringkas untuk menanam orkid jenis ini dengan melekatkan ia pada kayu. (ntuk di dalam pasu OdD akan 'update' kemudian di sini)

Rhyncostylis coelestis asalnya di tanam di dalam pasu
Sebagai contoh di sini, OdD ingin menanam semula pokok Rhyncostylish coelestis, kerana pokok tersebut 'kurang gembira' berada di dalam pasu tersebut.
Pokok di keluarkan dari pasu
Pokok di tarik keluar dari pasu, yang mana jika di teliti terdapat akar-akar yang kurang sihat dan akar yang telah mati. Akar yang tidak sihat ini perlulah di buang terlebih dahulu.

Perkara yang perlu : Kayu teras (hanyut), tali (garden wire) dan pokok yang akan di ikat pada kayu
Di sini apa yang perlu adalah kayu hanyut (teras), tali untuk di ikat dan pokok orkid ;)
.
Pokok yang telah siap diikat pada kayu dan sedia untuk di gantung.

Pokok yang telah siap di gantung di bawah teduhan

Pokok yang telah siap di ikat perlu di gantung di bawah teduhan ~60-70% sehingga akar yang baru tumbuh (sekurang-kurangnya 3 akar). Dalam fasa ini, semburan baja foliar amat di galakkan dengan kadar semburan cair, seminggu sekali untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Selepas akar sudah tumbuh dan melekat pada kayu, pokok bolehlah di dedahkan kepada cahaya teduhan ~40-50% seperti yang diperlukan oleh pokok jenis  tersebut.

Selamat mencuba ;)

All life is an experiment. The more experiments you make the better  ~ Ralph Waldo Emerson