Laman ini memaparkan sebahagian dendrobium hybrid yang terpilih untuk santapan peminat orkid. Ada juga koleksi ini untuk dijual, harganya bergantung kepada jenis dan keunikan/kelainan warna pada petal dan sepalnya.

Untuk makluman, dendrobium hybrid atau mana-mana orkid hybrid/ kacukan, form color nya tidak akan menjadi sama, sebab itu walaupun namanya sama, bentuk dan warna nya tidak semestinya sama. Oleh yang demikian, kadang kala orkid hybrid ini boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit. Pembiakan dari seedling (~200 -400 anak pokok), kemungkinan hanya 1 pokok yang istimewa dari segi bentuk dan warnanya. Kebanyakan koleksi saya hanya tertumpu kepada orkid kacukan jenis ini.