Makarimi Abdullah
Jika sebelum ini banyak bercira tentang Cattleya & allied hybrid, kali ini nak bercerita tentang 'Miscellaneous hybrid' pula. Hibrid orkid ini jarang-jarang di jual, tapi OdD dapat lah beli 2 tahun lepas, dalam 3 bulb saja. Tertarik kerana bunganya yang 'cute' dan warnanya yang menawan. 
Selain itu kriterianya sebab hibrid ini mudah berbunga dan senang untuk di jadikan spesimen orkid. Kriteria-kriteria ini dapat di lihat dari kedua-dua 'parentage' nya. Hibrid ini adalah hibrid antara genera...iaitu hibrid antara dua genera yang berbeza, akan tetapi jika dilihat kepada bunganya ianya mempunyai kriteria yang hampir sama. Parentage bagi hibrid yang di maksudkan ini adalah Macradenia multiflora dan  Rodriguezia lanceolata. Hasil kacukan ini diberi nama Rodridenia Woon Leng 'Red Gems'...mengambil sempena nama nursery yang membuat hibrid ini, iaitu Woon Leng Nursery yang beroperasi di Singapura [nak cuba link kan tapi tak boleh...maybe dah tak beroperasi websitenya ;-(  ]
Pada mulanya rasa tidak begitu yakin nak mencuba, sebab OdD tak pernah nak ambil tahu tentang 'parentage' nya yang pertama tu, tapi selepas di terangkan serba sedikit oleh OrchidCraze...OdD rasa berani nak mencuba. Tambahan pula nampak dari kriteria hibrid ini memang mempunyai peluang yang cerah untuk menang jika masuk pertandingan. Jadi...sapulah...3 pokok. Berikut adalah parentage dan hasil hibridnya...dan ketiga-tiganya memang OdD sudah miliki dan berbunga di kebun OdD.


Macradenia multiflora x Rodriguezia lanceolata = Rodridenia Woon Leng 'Red Gems'

Macradenia multiflora

X

Rodrizuezia lanceolata

Ini adalah hasilnya :

Rodridenia Woon Leng 'Red Gems'

Where flower bloom so does hope ~ unknown
5 Responses
  1. ahmadyusof Says:

    Bunganya cantik....klu masuk pertandingan ada peluang untuk menang.
    OdD...bunganya tahan lama tak..?


  2. ahmadyusof> Thanks. saya dah masuk pertandingan banyak kali dan sudah menang pun ;). Pokok ni senang jadi specimen jika kena gayanya. Waktu menang tu, bunganya dalam 12 spikes. Bunga lebih tahan lama dari parentagenya....kurang lebih 2 minggu.


  3. ahmadyusof Says:

    Owh...Tahniah and TQ .


  4. Salam.Makarimi,cantik bunganya ,pertama kali tenguk,cantiknya ciptaan Allah.


  5. TASKS16> Salam. Terima kasih. Ciptaan Yang Maha Agung ;-)