gambar ehsan dr http://www.popularmechanics.com/ |
Untuk post kali ini saya akan berkongsi mengenai baja. Di OdD, pada waktu sekarang kami menggunakan pelbagai adunan baja, antaranya adalah gaviota. Lama kelamaan timbul rasa untuk menggunakan pengetahuan sebagai 'penyelidik' untuk menghasilkan baja buatan sendiri.. hehe..
Di OdD, ada kalanya kami juga meyemai anak2 dari botol kultur. Jadi pihak kami sedang menguji baja untuk mempercepatkan pertumbuhan anak2 tisu, dimana baja ini akan digunakan selama 3 bulan. Baja ini akan membantu mempercepatkan pengeluaran akar2 baru.
Selepas jangka masa 3 bulan, pihak kami akan beralih kepada penggunaan baja yang akan membantu pembesaran . Diperingkat ini pokok orkid akan membesar dalam keadaan yang montel.. hehe..
Seterusnya, apabila pokok mencapai usia 6 bulan, kami akan menguji baja untuk menggalakan pengeluran bunga.
Baja yang terhasil nanti akan kami kongsikan dengan peminat2 orkid kelak.
Manakala baja yang lain adalah untuk penghasilan pengeeluaran bunga diluar musim. Contohnya seperti pengeluran bunga pada pokok gramatophylum atau lebih dikenali sebagai orkid tebu dikalangan orang awam amnya.
Nantikan kemunculan nya...