DPF
Salam sejahtera..

Sebelum ini saya ada tunjukkan secara ringkas di fb cara saya menanam semula Dendrobium Hibiki.. Dendrobium hibiki ini diperolehi dari Jepun - dibeli secara terus dari pengeluar asal, Thailand - merupakan meriklon dari induk asal dan Taiwan - juga meriklon dari induk asal.. Dendrobium Hibiki yg diperolehi mempunyai kreteria yg berbeza jika kita mengamatinya.. samada dari segi struktur daun, warna batang dan daun dan warna serta kecantikan bunga yg dihasilkan..manakala harga setiap satu adalah berbeza.. sudah tentu yg original lbh mahal dari klon nya.. berbalik kepada cara penanaman Lain orang lain caranya.. disini saya akan berkongsi apa yg selalu saya praktikkan..

Antara barang yg kita perlu untuk tugasan ini :
1. Cutter
2. Hard Wire  & garden wire
3. Fern bark @ pasu
4. Sedikit moss (jika ada)


Ini orkid yg ditanam diatas sabut kelapa, asalnya cuma ada sekitar 4 batang sahaja..


Sabut kelapa dikoyak dan dibuang


Keadaan selepas sabut kelapa dibuang


Pokok orkid dibahagi kepada 2 bahagian


Orkid dan fern bark


Orkid yg ditanam di dalam pasu, diikat dengan rapi supaya tidak bergerak.


Orkid yg ditanam diatas fern bark. Dibahagian belakang diletakkan sedikit moss, bertujuan untuk menyimpan air dalam sela masa tertentu.


Keadaan orkid yg ditanam diatas arang.





Selamat mencuba
2 Responses
  1. Unknown Says:

    Que saúde está sua planta.
    Parabéns pelo cultivo.
    abraços


  2. DPF Says:

    gracias
    Yo sólo trato de ver la mejor manera para que la planta de crecimiento
    abracos


    I just try to see the best way for the plant to growth