Dulu aku selalu berangan nak ada orkid-orkid ni...dan realitynya dah ada sekarang.
My Dream comes true...bukan fantasi lagi....
Ini antara koleksi-koleksi aku yang hidup subur dan hasilnya seperti...yang dipaparkan di sini.
Banyak teman-teman yang bertanya kenapa aku minat sangat dengan orkid ni?
Kisahnya dalam kurang lebih 20 tahun dulu, selepas aku tengok filem P Ramlee - "IBU MERTUAKU", teringay sangat kat nyonya Mansoor, yang dia ni taksub sangay dengan orkid.
Aku pun waktu tu tanya lah kakak aku, sekrang dah jadi arwah dah dek kerna ilmu hitam..."naper orang kaya aja yang tanam orkid? kita ni yang hidup biasa-biasa ni tak boleh tanam orkid ker?"
Masih terngiang-ngiang di telinga akau...jawabnya "orkid ni mahal, nak jaga pun banyak duit juga"...aku pun diam ajalah...yer lah...nak makan pun kena jimat waktu tu.
Lepas tu pada satu hari tu...aku p tolong kat kedai abang aku..dapatlah upah sket, kebetulan malam tu...p lah PESTA PULAU PINANG dapat pula tengok orang jual orkid, cari punya cari dapatlah orkid yang paling murah kat situ...harganya RM6 aja, tapi...ya ALLAH pokoknya punyalah kecil (anak tisu). Minat punya pasal dan mahu cuba benda baru aku pun belilah....
Aku tanam pokok tu dan selepas hampir 2 tahun akhirnya pokok tu bunga juga...ahhh puas rasanya hati waktu tu...dan sampai sekarang dah lebih 20 tahun pokok tu masih berbunga dan membiak.
Sejak dari hari tu minat ni semakin berkembang dan akhirnya ada juga lah taman orkid kat belakang rumah aku...
Nak kata besar tak lah juga...berkat usaha dengan teman baik ku Ibrahim...dan partner ku Cikgu Zul, sekarang dah ada lebih 1000 jenis orkid...spesis pun ada, hibrid pun ada.
Sebut aja apa jenis...semua ada...macam-macam ada
Aku hafal lagi nama-nama orkid ni...kira bagi kenalan-kenalan aku...kira aku ni masuk dalam expertlah juga....bangga juga...atas kesabaran dan kepayahan yang dilalui rasanya berbaloi.
Aku pun dah jadi AJK persatuan orkid Penang dan buka website sendiri...www.dangauorchids.com
Adalah juga jual sedikit dari koleksi yang ada.
Selain tu boleh juga bagi khidmat nasihat kepada sesiapa yang berminat.
Aku dah jemu kena tipu dengan tauke-tauke nursery ni...sekarang tak lah lagi...
Ini kira belajar dari pengalaman dan bolehlah dikongsi dengan sesiapa yang berminat.