Makarimi Abdullah
My friend and I start loading the orchids in the car around 8.00 AM and around 9.00AM, we depart from my house to Little Penang Market. Along the way we need to drop by at ex-president FOMOS to loading his orchids in my car. He has something to do in the morning, so cannot send his  orchid for competition. Around 10.15AM, we arrive @ Little Penang Market.

We only have 10 plants for this competition, Zul with 3 plants, Mr Shamas with 9 plants and Dr Kartini with 2 plants.  My car full with these plants. Natural fragrant inside my car....haa...haaa

The results, we only manage to win 4 plants, Mr Shamas with 6 plants and Zul with 2 plants.


So here is some picture during the show. I will update more pictures here in new sub-topic.







Makarimi Abdullah
Disini disertakan beberapa pokok orchid untuk pertandingan hari  ini sempena Pertandingan Orkid bulanan yang dianjurkan oleh FOMOS. Terdapat orkid yang telah diserang oleh serangga, cacat dan warna yang tak sekata.

Here is the update of orchid plants blooming for today FOMOS monthly Orchid Show .There is plant are attacked by bugs and has mutation and color break.

Sekiranya orkid telah diserang oleh serangga, pastinya tidak layak untuk menyertai pertandingan. Kriteria lain yang diambil kira adalah bunga yang segar, menarik dan mempunyai susunan bunga yang baik. Sekiranya mempunyai bunga yang banyak ia memberi kredit yang lebih untuk memenagi pertandingan ini didalam kategori yang dipertandingkan dan memenangi Pokok terbaik keseluruhan dalam pertandingan tersebut.
 
If the orchid attacked by bug definitely is not qualified for competition as well as has mutation or color break. To win the competition the orchid must have fresh flower, presentable and in good arrangement. If the plant have more flower give some credit to ensure the winning in that category or win as Best plant of the show.












Makarimi Abdullah
Pertandingan kali ini di adakan secara ad-hock...tiba-tiba saja Presiden baru FOMOS (Mr Micheal Ooi) contact hari Jumaat lepas; katanya Orchid Show akan diadakan pada 26 Sept (Ahad) ini.
Tiada angin , tiada ribut...tiba-tiba saja ada Orchid Show. Kelam kabut juga, kerana tidak buat persediaan langsung, mesyuarat persatuan pun tidak ada.

This time, the Orchid show is not well planning, just ad-hock ...suddenly the new FOMOS president (Mr Micheal Ooi) called and informed, the monthly show will held on this Sunday (26 Sept).
No info...not well plan...even no society meeting...we need to organize the show. Is quite messy now, no preparation at all.

Memang sentiasa ada bunga yang berkembang...di 'mini farm' ini, tapi tidak boleh dapatlah bunga yang 'perfect' untuk show kali ini.

There are always have orchid in bloom in my small garden...but the quality not so perfect for orchid show.

Kebiasaannya notis Orchid Show keluar 3-4 minggu awal,  jadi...segala persediaan dari segi racun dan baja yang konsisten akan diberi kepada orchid, supaya bunga yang berkembang nanti lebih berkualiti. Perkara ini dilakukan untuk mengelakkan 'stress' yang berlebihan sewaktu berbunga. Jika 'strees' yang berlebihan pokok kemungkinan lambat berbunga semula atau keadaan yang lebih teruk, pokok akan mati. Lebih-lebih lagi jika pertandingan dan pertunjukkan yang lebih dari 3 hari. Selepas saja pertandingan bunga perlu terus dibuang bagi merehatkan pokok dan untuk memastikan pokok akan lebih segar dan bersedia untuk pertandingan akan datang.

Normally the notice/ newsletter Orchid Show out 3-4 weeks early, so ... all the preparations in terms of pesticides and fertilizers which would be consistent to the Orchid, so that the flowers will grow better quality. This was done to avoid the 'stress' over during flowering. If 'strees' over the possibility of late flowering of trees or a more serious condition, the tree will die. Moreover, if the competition and show more than three days. After the the contest, the flower were cut/ removed immediately to give  enough rest for trees and to ensure that the trees will be fresh and ready for the next competition.

Pertandingan kali ini akan diadakan di 'Little Penang Street Market', Upper Penang Road,   berhadapan hotel E&O Hotel, Penang Island. Maklumat lanjut berkenaan Little Penang Street Market boleh dilawati di www.littlepenang.com.my
Sedikit maklumat ringkas...
Little Penang Street Penang dibuka kepada orang ramai pada setiap Ahad terhakhir setiap bulan.
Acara ini telah dijalankan sejak Julai 2006 yang mana memaparkan kreativiti dan budaya Pulau Pinang.
Terdapat kurang lebih 70 stall jualan kraf, makanan, persembahan kebudayaan dan macam-macam lagi. 
Kena mai sendiri...baru tau...

This Orchid show will be held @ 'Little Penang Market', Upper Penang Road in-front of  E&O Hotel, Penang Island. More info about this market visit this web www.littlepenang.com.my
Some info about this market:
Little Penang Market is a monthly market which takes place on the last Sunday of each month, in Upper Penang Road.
Since the first market in July 2006, the Market has become established as a major venue for the showcasing of Penang’s culture and creativity.It combines some 70 craft stalls with food, live performances in The Space, visual arts, children’s activities, hands-on demonstrations and book readings. All  resulting in a wonderful ambience, unique in Penang


Berbalik kepada persediaan orkid show....disertakan antara orkid-orkid yang boleh berkembang untuk pertandingan pada hari Ahad ini.


Get back to Orchid show preparation...attached here with are some orchid plants with flowering buds for this coming Sunday.
.



Makarimi Abdullah
OJumaat lalu, saya di amanahkan untuk menjaga laman orkid teman, kerana teman sepejabat ini bercuti hari raya. Ketika ke sana, sempatlah di ambil beberapa orkid yang sedang berkembang.

Last Friday, my friend ask me to watering her orchids, because she went home for Eid Mubarak. There are few orchids in bloom, i snap some picture to share here.

Makarimi Abdullah
Genus Grammattophyllum terdiri dari 6 hingga 12 species yang direkodkan setakat ini oleh taxonomist (T.E Soon, Orchids of Asia, 2005). Orkid Harimau dari Seksyen Pattonia adalah orkid terbesar di dunia! dan ia ada banyak di Malaysia. Orkid Harimau yang dimaksudkan ialah Grammathophyllum Speciosum.

Grammathophyllum is a small genus with between 6 to 12 species (T.E.Soon, Orchids of Asia, 2005). The orchid from this genus in section Pattonia is the largest orchid in the world! and this orchid are wide spread in Malaysia. The Orchid I mean here is Grammathophyllum Speciosum.

Batang pokok ini boleh mencecah sehingga 3 meter dan mempunyai banyak daun, yang mana daunnya mencecah 60cm panjang dan 3 cm lebar. Segugus orkid ini boleh mencecah 1 tan beratnya. Ada dinyatakan di dalam buku rujukan, ia akan berkembang sekitar Julai di Pulau Pinang, Julai ke Oktober di Thailand dan Januari atau Julai di Singapore. Namun di Orchid de Dangau (Seberang Perai)  ia kembang pada September ke Oktober setiap tahun...agak tersasar dari kenyataan tersebut. Walaubagaimanapun...orkid ini kadangkala tidak konsisten musim bunganya dari tahun ke setahun.

The fleshy cane-like stems are upto 3 meter long, which carry many leaves which are up to 60 cm in length and 3 cm in width. This enormous plant can weigh a tonne. As refers to a reference book, the blooming time in Penang is in July, July to October in Thailand and January or July in Singapore. But here in Orchid de Dangau (Seberang Perai, Penang) its bloom in September to October every year...shifted as mention in the reference. However this plant is not consistently flower every year, sometimes alter their flowering season... (Its happen now to me...but every year).

Bunga orkid ini tahan lama dan boleh mencecah lebih sebulan...jika di musim panas. Panjang tangkainya boleh mencecah 2 meter panjang dengan gugusan bunga sebanyak 40 kuntuk atau lebih. Uniknya bunga ini, pada tangkai bawahnya ia akan ada bunga yang hanya mempunyai 2 sepal dan 2 petal sahaja tanpa lip dan column, manakala yang lain berkeadaan normal.

The flowers can stand more than a month if flower in dry season. The inflorescence can be up to 2 meter long which consist of 40 or more flowers. Uniquely this flower at the   bottom of flower stem have only 2 petal and 2 sepal, without lip and column, other flowers will be normal.


Kebiasaannya petal dan sepalnya berwarna kuning kehijauan dan berbintik coklat. Ada juga yang berwarna lebih gelap dan sebaliknya...boleh lihat post yang terdahulu.
Sub-genera ini boleh dijumpai di seluruh SEA ke Papua New Guinea. Ia kebiasaannya boleh dijumpai di atas pokok balak...dan ia boleh dibiakkan di atas tanah.

Usually the petal and sepal are greenish yellow, overlaid with chocolate blotches, but some have more darker or lighter color...can see earlier post.
This sub-genera can be found throughout SEA to Papua New Guinea...and usually on top of large tree, but if you want to planting this orchid, you can plant it on the ground or in the big containers.

Makarimi Abdullah
Terasa sedih meninggalkan Ramadhan, entah bertemu , entah tidak Ramadhan tahun hadapan? kini sudah seminggu berada di bulan Syawal.

It's quite sad, Ramadan month already finished, who knows, we can meet again with Ramadan month next year? Now already a week we celebrated Eid Fitri (Eid Mubarak).

Kemeriahan Syawal meriah sungguh di kebun kecil Orchid de Dangau...banyak orchid yang berkembang sepanjang minggu. Banyak tetamu yang datang beraya menjamu juadah raya dapat juga menjamu mata melihat orkid yang berkembang ini.

Eid happiness seems wonderful @ my orchid garden...all the weeks, there are lots of orchid blooming @ my garden. Besides my guess here, have a great food, there also have a chances to  see the colorful of orchids in my garden.

Pada ketika ini, banyak Cattelya hybrid yang berkembang...begitu juga dengan genus hybrid yang lain. Species orchid....kurang yang berkembang...cuma ada genus Cybidium, Dendrobium, Oncidium dan beberapa genus saja...Disebabkan orkid ini ada yang banyak pasu...gambar yang dipaparkan ini mungkin sama tapi tak serupa...macam 'spot the different' saja untuk gambar kali ini.

Now, a lots of hybrid Cattelya  are blooming...and some from other genera. Species orchid much less blooming now...just a few genus ...only some Cymbidium, Dendrobium,Oncidium and others. These genus's i have many pots, so it's like repeating the same picture...actually it's from different plants...it's seem like 'spot the different'.
 
Apa yang dinantikan dalam dua ke tiga minggu akan datang ialah Dendrobium capituliflorum...yang galak menunjukkan bud-bud bunga yang meriah sekali. Saya akan paparkan dari masa ke semasa nanti.

What I'm waiting for...is Dendrobium capituliflorum, which have a lots of flower buds...I will attach here later.