Makarimi Abdullah
Dah banyak hari tak update blog ini. Sibuk sikit dengan projek ternakan dan kesihatan diri yang terganggu. Sebelum ni pernah diupdate dalam Orchid talk, pada hari Sabtu 4 Sept bercadang mahu ke Padang Besar. Selepas contact kawan di sana, katanya tak ada orchid baru yang masuk dari Thailand, stok orkid baru cuma masuk pada hari Rabu ini.

Jadi untuk mengubat hati yang sedikit resah tak dapat koleksi baru ni, jadi pergilah jenguk-jenguk di Baling. Rasanya bagi kebanyakan 'hardcore orchid collectors' tentu sudah kenal dengan En Hasrul, dalam FB dikenali sebagai 'Hasrul Padang'. Farm orchid ini terletak di tepi jalan (lebuhraya) Baling-Jeli, mudah sangat di lihat. En Hasrul partner dengan Sahak, kami sudah saling kenal mengenali sejak 5 tahun lepas. Aku sendiri sudah lama sangat tak lawat kawan-kawan ini. Biasanya jumpa di Orchid show saja, last sekali jumpa di Orchid Show December 2009, yang diadakan di QueensBay Mall, Penang.

Jika yang belum pernah sampai lagi...bolehlah singgah tempat Hasrul dan Sahak ini.
Banyak juga yang  saya beli (borong) semalam antaranya Bulb. auratum, Bulb. Lepidum (dark color), Dend. Terengganuensis, Phal Amboinensis, Phal Sumatrana dan Dend Griffithianum.

Kedua-dua phal ini sudah ada dulu, begitu juga dengan bulb auratum dan lepidum, lepas renovation yang lepas banyak yang nyawa ikan...jadi terpaksa beli yang baru...sekarang saya mencuba dengan teduhan baru, setelah buat renovation. Harap-harap kali ini menjadilah seperti dulu-dulu.


2 Responses
  1. mohdfarazi Says:

    Byk borong tn... bila la org selatan nk ke utara ni... hehehe


  2. Ada lah sikit2x...datang lah sini...nanti boleh saya jadi tourist guide ke kebun2x orkid...heehee