Makarimi Abdullah
Selamat Hari Merdeka ke 53

Kepada semua pembaca blog Orchid de Dangau.

Tahun ini hari kemerdekaan ke-53 disambut pada minggu ke-3 Ramadhan. Kebun dangauorchids dimeriahkan dengan kehadiran kuntuman2x bunga orkid yang segar berkembang. Kebanyakan yang berkembang pada hari-hari terakhir minggu ke-3 Ramadhan adalah antara koleksi 'special' yg ada di kebun ini. Majoriti orkid yang berkembang mempunyai 'splash' marking. May be kebetulan agaknya dan kebetulan pula ianya berkembang serentak. Dipaparkan santapan istimewa ini buat semua pembaca blog orchid de dangau.
Sekali lagi di ucapkan Selamat Hari Merdeka ke 53...dan rebutlah peluang beramal dengan lebih tekun di 7 malam terakhir Ramadhan yang semakin hampir.





Lc Maikai x Blc Haadyai Deligt


Lc Polenpit Crown
Blc (Macao x 24 karat)

Lc Phra Nakon Khiri x Cattelya Netrasiri Beauty
Blc Ching Hsing Jewel
Aerides Odorata
Cattelya Monte Elegante 'New Port'
Lc Varut Feastfull
Labels: edit post
Reactions: