Makarimi Abdullah
Sebelum Ramadhan begitu sibuk dengan kerja2x naiktaraf kebun @ backyard ini. Tak sempat nak posting dalam ini. extension 'new shades' ini adalah dikhaskan untuk genus orchid bulbophyllum dan phalaenopsis.
 Banyak genus ini yang kena over expose dengan sunlight, untuk elakkan keadaan pokok lebih buruk sebab tu terpaksa buat new shades ini. Alhamdulillah selepas genus ini berubah ke tempat baru, banyak yang nampak happy kat sini. Banyak shoot baru yang naik, ada juga yang sedang naik shoot bunga lagi...lega rasanya.

Beserta dengan kesibukan membina new shades...pokok yang berbunga pula perlu disediakan untuk 51st AGM show pada sabtu ini (14 Aug 2010). Setakat harini ada dalam 20 pokok yang boleh masuk pertandingan kali ini. Harap2x bunga ini dapat bertahanlah sampai hari Sabtu ini. Jangan pula di nodai oleh kumbang sudahlah.
0 Responses