Seperti dirancang, pd 15 Aug lalu, aku , Ibrahim dan cikgu Zul, pergi juga ke Expo pertanian ni. Tahun ni, masuk tahun ke-3 dah kami follow expo ni, yg mana seperti MAHA di Malaysia, tapi bagi aku expo ni lagi hebat, coz banyak perkara boleh belajar kat sini dan besar sangat. Bukan nak agung kan acara di luar, tapi itu pandangan aku dan org2x Malaysia yang aku jumpa kat sini semua cakap perkara yang sama.
Setiap tahun, Expo ini berlangsung dalam minggu ke-2 atau ke-3 Aug di Universiti Prince of Songkla, Hatyai....dalam bahasa Siam nya expo ni dipanggil "MO 'O". Seperti tahun2x lalu aku n the gang gi dgn kawan dari Padang Besar kat sini. Tahun ni expo jatuh dalam bulan puasa begitu juga tahun depan. Cuaca yang panas dan humid menduga kami di sana, tak tahan dengan cuaca rasa pening pun ada. Disebabkan Orkid punya pasal, apa jua rintangan sanggup redah juga. Harapan kami tahun ni, moga dapatlah species2x orchid yang baru pula...untuk menambah koleksi istimewa di kebun kami.
Tahun ni banyak juga dibelinya Orkid, ada yang species ada yang hybrid...tapi tak adalah byk sangat seperti tahun pertama pi dulu, bnyk sungguh borong waktu tu. Harga??? kat sini dah tentu murah nak dibandingkan dgn Malaysia. Kualiti...tak payah nak banding lah....coz Orkid Thai ni dah terkenal seluruh dunia, walaupun tukaran pd tarikh tu dalam Thai Bath9.96 = RM1, pokok yg dijual masih murah lagi, tukaran Malaysia dah jadi rendah kat sana.
Antara species yang kami beli antaranya, Encylia Tampensis 'alba', Encylia alata, Aerides Houlitiana, Cymbidium aloifolium 'alba' dan lain-lain...semua ni di lampirkan bersama post ini...untuk di kongsi bersama dalam blog ni. Sebagai tambahan...tahun ni waktu gi sana...tak tahan dengan dugaan tengok teratai2x yg cantik sangat...beli juga lah walaupun tak banyak...coz harganya murah...termasuk pokok anggur hitam yang tak ada biji ...harap2x nanti boleh berbuahlah di sini. Tiga tahun lepas dah beli anggur hijau...dan alhamdulillah dah berbuah setahun kemudian...jadi harapnya pokok anggur ni pun sama jugalah.