Makarimi Abdullah
Melalui pembacaan aku dari internet dan buku-buku rujukan dikatakan genera Grammatophyllum speciosum ini ada 12 varian warna. Sebaliknya varian yang aku pernah tengok  bunganya melalui gambar dan bunga yang 'real' dari pengumpul orkid genera ini sudah ada 13 varian warna. Nak dibuktikan pun susah juga lah kat sini...coz dulu tak terfikir pun nak masukkan dalam blog ini. Walaubagaimanapun, sekiranya ada rezeki dan berjumpa dengan pengumpul2x genera ini lagi di masa akan datang akan aku minta gambar dari mereka ini untuk di paparkan di dalam blog ni. Aku sendiri pun sebenarnya sudah ada 12 varian yang di maksudkan...akan tetapi sampai setakat ini hanya 2 varian yang berjaya berbunga di dalam tangan aku.


Akan dipaparkan juga untuk update kali ini adalah Grammatophyllum stapeliiflorum yang pernah jadi kegilaan sebelah utara ini...dalam 2-3 tahun lepas, yang mana waktu tu nak beli 3 bulb pun dah RM200, sekarang pun masih mahal lagi...tapi aku tak amik kisahlah coz aku sendiri dah ada banyak pasu sekarang. Berdasarkan maklumat dari pembacaan aku terdapat 2 variasi orkid jenis ini. Akan tetapi aku pernah tengok 3 variasi (2 yang bunga yg. 'real' dan 1 dalam buku/internet) semasa ke Pameran Orkid di Palembang pada tahun 2006, tapi gambar yang p Palembang ni tak tau letak kat mana lah pulak. Apapun jika ada akan di updatekan dalam blog ini nanti. Setakat ini aku hanya ada 2 varian aja, 1 varian lagi sedang di cari untuk tambahan koleksi untuk species ini.
Labels: edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. selama ni saya ingat grammatophylum tu ada 2 @ 3 jenis je. Rupanya ada banyak jenis. terima kasih bagi informasi. kalau pokok saya dah keluar bunga nanti saya email kat awak.


  2. Makarimi Says:

    Terima kasih atas komen dan lawat blog yg tak seberapa ni. Ada byk jenis Grammathophyllum, yang diketahui setakat ini ada 13 jenis. Saya belum dapat semua yang tersenarai. Sedang berusaha dan akan masukkan gambar yang berkenaan jika ia kembang di OdD nanti.