Hari ini, 14 Aug 2010, hari yang ditunggu-tunggu, setelah lama benar FOMOS tak anjurkan pertandingan orchid bulanan. Tempoh hari untuk persediaan pertandingan mengharapkan ada dalam 20 pokok atau lebih untuk pertandingan ini. Awal pagi semasa nak 'reload' pokok ke dalam kereta, seperti biasa rutin 'check' terhadappokok dilakukan. Banyak pokok yang diharapkan boleh jadi 'killer' untuk pertandingan ini rosak dikerjakan oleh kumbang2x. Jadi pilih punya pilih, ada dalam 18 pokok aja yang boleh di bawa ke prtandingan ini. Itupun ada dalam 4-5 pokok hanya boleh 'meramaikan' majlis aja, kerana ada sedikit kecerdaan pada bunganya dek 'trip'.
Di sini disertakan sebahagian gambar kerja 'reload' pokok ke dalam kereta. Ini lah rutin kalau nak masuk pertandingan. Pokok2x disusun atur pada kadar maksimum untuk dipenuhkan ke dalam 'bonet' kereta.
Aku dan partner aku, bertolak dalam jam 8.30pagi ke Botanical Garden ni, dalam jam 9:45 kami pun sampai lah di tempat pertandingan. Perjalanan dari rumah aku ke sana ada dalam 1jam perjalanan, bawa kereta pun slow aja hari ini, coz tak nak bunga rosak.
Dalam 11:30am, penghakiman dimulakan dan setelah direkodkan, 10 pokok aja yang menang dari 18 pokok yang dibawa. Itu aja rezeki hari ini. Ada yang dapat tempat pertama, ke dua dan ke tiga dalam kategori masing-masing. Apapun syukurlah dengan kemenangan ini, dapatlah buat belanja beli baja dan racun untuk orkid-orkid ini nanti.
Keseluruhan pokok yang bertanding kali ini adalah 102pokok, kira agak sengit juga pertandingan kali ini, terutama dalam kategori Dendrobium dan Cattleya. Apapun tak dinafikan, dendrobium mendapat tempat di hati juri, Dendrobium Inobi purple yang menjadi Johan pertandingan kali ini. Aku pun ada pokok ini tapi tak adalah sebesar pokok ini, coz baru 1 1/2 tahun aja ditanam.
Dalam jam 2 petang, AGM dimulakan. Seperti AGM biasa seperti tahun2x lalu, memang tak ramai yang datang, tapi kali ini ramai betul. Aku mengharapkan dapat 'OFF' lah untuk satu sessi, tapi tak boleh juga, kerana tenaga muda tetap diperlukan. Jadi satu sessi lagi khidmat aku dan teman2x seangkatan aku dilanjutkan untuk sessi kali ini. Presiden dan naib presiden dapat muka org baru, tahun ini Mr Micheal Ooi dan Mr Tony Tan. Sebenarnya mereka ini org lama, cuma tahun ni mula join committee semula. Mr Micheal Ooi ni, rasanya satu Malay dah kenal dia, khususnya peminat orkid, coz dia dah 3 generasi 'own' orkid nursery.
Ini aja nukilan buat pertandingan ini, mata pun dah ngantuk...esok nak gi Haadyai lak, na pi cari orkid baru kat expo pertaninan di sana. Aku akan update blog ni dan ceritakan di sini lak nanti.