1. Rodriguezia Batemanii - orkid ini aku dapat dalam 2 tahun lepas, keadaan nazak sangat waktu beli dulu...dan kini bunga sulung mekar di bulan Ramadhan. Genera ini yang selalu dilihat di M'sia adalah Rodriguezia lanceolata atau dulu namanya Rodriguezia secunda. Jadi ia menjadi 'permata' istimewa di bulan yang mulia ini. Walaupun tak perfect....at least boleh lah tengok bunga yg 'real' punya.
2. Cymbidium dayanum 'borneo' - orkid ini jarang2x berbunga di kebun aku, setahun sekali aja, tapi istimewanya kali ini keluar 3 'spike' sekali gus. Minggu ni kembang hanya 1 'spike'...InsyaAllah lagi 2 'spike' lagi tu menjelang Syawal nanti pula. Kebiasaannya Cymbidium dayanum di semenanjung cuma berwarna putih dan ada 'marking' merah...tapi varian borneo ni ke semuanya merah.
3. Renanthera Bella - Ini lagi satu genera yang termasuk dalam kategori yang 'liat' sangat berbunga kat kebun aku. Sempena Ramadhan ni berbunga pula buat kesekian kalinya...mungkin berkat bulan yang mulia ini.
4. Blc Memoria Tiang - Catt. ini aku tanam tahun lepas, dan ini bunga sulungnya...cukup setahun ia berada di kebun aku. Dulu belinya pun di Haadyai juga di Expo pertanian (MO'O 2009).
5. Lc Mini Purple - Ini lagi satu Catt. hybrid yang agak malas berbunga di kebun aku, selalunya orkid jenis ni senang sangat berbunga...tapi apa silapnya pun aku tak tau...susah betul orkid ni nak berbunga. Namanya pun aku kurang pasti sebenarnya...coz waktu yang ditulis dulu macam tu, setahu aku Lc mini purple lain sikit paternnya, aku ada juga mini purple yang dimaksudkan itu...tak taulah pula, kalau2x ini varian yang lain. Jika ada pembaca yang tahu boleh komen tentang namanya kat sini.
Sekian update untuk hari ini....ada lagi yang sedang berkembang buat masa sekarang, InsyaAllah akan di paparkan untuk 'update' seterusnya.
Salam,
Nak beli la pokok ni. Rodriguezia Batemanii
Boleh Poskan tak?