Keiki, keiki...apa tu? Tak faham lah!!!
Perkataan
ini amat sinonim kepada peminat orkid. Ia adalah istilah kepada anak
orkid yang tumbuh pada batang orkid (cane/ bulb) atau mungkin juga pada
tangkai bunga orkid. Perkataan keiki asalnya dari perkataan Hawaii yang
bermaksud anak. Jadi jangan tersilap sebut 'anak keiki', jadi
tatabahasa dah salah...bermaksud anak-anak, padahal keikinya ada satu
jer ;))
Keiki
ini merupakan klon kepada pokok orkid induk. Walaupun keiki ini nampak
cantik dan sesetengahnya amat bergembira mempunyai anak keiki ini.
Padahal yang sebenarnya kewujudan keiki tersebut memberi gambaran yang kurang
baik kepada pokok orkid tersebut. Pokok tersebut sebenarnya berada didalam
TEKANAN. Walaupun begitu ia memberi pertunjuk yang baik, yang mana
pemiliknya perlu melakukan sesuatu terhadap pokok tersebut.
Apa punca tekanan tersebut?
1. Siraman yang lebih pada sesuatu masa, dan pada masa yang lain tiada siraman langsung atau amat kurang siraman.
2. Terlalu banyak atau terlalu kurang cahaya.
3.
Apa yang penting orkid memerlukan kelembapan dan pengudaraan yang
sesuai. Semudahnya ia perlu diberi keadaan yang sesuai kepada orkid
tersebut jika kadar pemeruapan air telah berlaku.
4. Medium pokok yang telah luput,
jadi ini adalah masa yang sesuai untuk di ganti.
5. Tangkai bunga yang
terlalu lama yang memerlukan ianya di potong, jadi keiki tumbuh di
tangkai, maka memang sepatutnya dipotong!
6. Pokok yang tidak boleh berbunga tetapi hidup subur. Keadaan berlaku kerana pokok ini mungkin tidak boleh berbunga pada persekitaran atau pada altitud yang rendah.
7. Pokok induk
sudah nazak, jadi keiki wujud sebagai salah satau cara pengklonan sebelum mati.
Apa pun
alasannya kewujudan keiki orkid ini ada pro dan kontranya. Jadi tuan punya orkid
lebih tahu apa tidakan yang seharusnya diambil.
Jika
tuan empunya berhasrat untuk membuat pembiakan dengan cara yang mudah,
menggalakkan pertumbuhan keiki adalah penyelesaiannya. Jika OdD,
biasanya akan mengelakkan pekara ini berlaku.
Orkid jenis apa yang mudah tumbuh keiki dan di mana keiki akan tumbuh? (Contohnya)
1. Dendrobium - pada 'cane' induk
2. Phalaenopsis - pada batang induk dan juga tangkai bunga (lebih mudah tumbuh di tangkai bunga)
3. Vanda and allied - pada batang induk
4. Cattleya and allied - pada batang induk
5. Tricocentrum - pada batang induk dan tangkai bunga
6. Oncidium/ Tolumnia - pada tangkai bunga
Bagaimana pula nak tanam anak keiki ini?
Cara
yang amat selamat untuk memastikan anak tersebut boleh hidup, adalah
dengan memastikan keiki tersebut mempunyai akar dahulu. Kebiasaannya
biarkan sehingga ia mempunyai akar sepanjang kira-kira 3-inch. Potong
keiki ini dan tanam pada media yang sesuai, samada di dalam pasu atau
dilekatkan pada fern bark.
Sekian serba sedikit informasi dan pengalaman yang boleh OdD kongsi bersama di sini.
Selamat mencuba ;)
You’re frustrated because you keep waiting for the blooming of flowers of which you have yet to sow the seeds
―
Steve Maraboli
where to get keiki paste?
Zahrul> Belum pernah jumpa di jual di Malaysia. Mungkin boleh beli direct from oversea atau minta bantuan supplier chemical untuk beli. sebagai rujukan boleh surf and email kpd manufacturer http://www.phytotechlab.com