Makarimi Abdullah
Salam,

Kali ini saya tunjukkan bagaimana nak menanam orkid dari jenis Rhyncostylish dan Aerides.  Post ini menjawab pertanyaan beberapa orang teman FB yang bertanya kepada OdD.

Cara paling mudah adalah di tanam dengan melekatkan pokok pada kayu ataupun boleh juga di tanam di dalam pasu. Berikut adalah cara yang paling mudah dan ringkas untuk menanam orkid jenis ini dengan melekatkan ia pada kayu. (ntuk di dalam pasu OdD akan 'update' kemudian di sini)

Rhyncostylis coelestis asalnya di tanam di dalam pasu
Sebagai contoh di sini, OdD ingin menanam semula pokok Rhyncostylish coelestis, kerana pokok tersebut 'kurang gembira' berada di dalam pasu tersebut.
Pokok di keluarkan dari pasu
Pokok di tarik keluar dari pasu, yang mana jika di teliti terdapat akar-akar yang kurang sihat dan akar yang telah mati. Akar yang tidak sihat ini perlulah di buang terlebih dahulu.

Perkara yang perlu : Kayu teras (hanyut), tali (garden wire) dan pokok yang akan di ikat pada kayu
Di sini apa yang perlu adalah kayu hanyut (teras), tali untuk di ikat dan pokok orkid ;)
.
Pokok yang telah siap diikat pada kayu dan sedia untuk di gantung.

Pokok yang telah siap di gantung di bawah teduhan

Pokok yang telah siap di ikat perlu di gantung di bawah teduhan ~60-70% sehingga akar yang baru tumbuh (sekurang-kurangnya 3 akar). Dalam fasa ini, semburan baja foliar amat di galakkan dengan kadar semburan cair, seminggu sekali untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Selepas akar sudah tumbuh dan melekat pada kayu, pokok bolehlah di dedahkan kepada cahaya teduhan ~40-50% seperti yang diperlukan oleh pokok jenis  tersebut.

Selamat mencuba ;)

All life is an experiment. The more experiments you make the better  ~ Ralph Waldo Emerson

Labels: , , edit post
Reactions: