Makarimi Abdullah
Agak terlewat lagi 'update'kan post ini...almaklumlah banyak sangat 'reason' yang tak dapat dielakkan. apapun inilah celotehnya buat kali ini ;)

It is quite late for me to post this topic, so many things to do ..so sorry.

Singapore Garden Festival atau SGF diadakan dua tahun sekali yang mana kali pertama di adakan pada tahun 2006 bermakna SGF 2012 adalah kali ke-4 ia diadakan. Kali ini OdD berpeluang untuk menghadirkan diri di acara yang ulung di Asia ini. Selepas habis saja FLORIA 2012 OdD dan OC terus buat trip ke acara ini. Penat juga sepanjang minggu itu. Acara ini di adakan pada 7 - 15 July yang lalu. Baru kali hari ini sempat OdD buat post untuk acara ini.

Singapore Garden Festival  (SGF) held every two years and the first event held in 2006. So this is the 4th time. I went to this event, the week after FLORIA 2012. This event held on 7-15 July 2012. Busy weeks for me  but happy ;) This is the first time I visit there, last time just heard about it, but don't have a chance to go...less money i think ;(

Welcome to Singapore Garden Festival 2012

Ticket Entrance for weekend : SGD14

Jika untuk buat post untuk SGF ini memang banyak tak cukup untuk di paparkan semuanya di sini. OdD pun pergi dua hari berturut-turut, satu hari melawat tak habis...nak snap gambar...banyak sangat yang menarik. Jadi di paparkan beberapa keping gambar yang sempat OdD snap pada acara ini untuk di kongsi bersama di sini. Biasalah misi utama OdD ke sini nak cari 'bekalan baru' untuk menambah koleksi di OdD. Selebihnya nak lihat kehebatan penganjuran SGF ini...dah lama kepingin cuma tahun ini yang ada rezeki untuk datang. Selain itu boleh lah juga mencari idea-idea baru dalam seni hiasan taman paling tidak buat modal untuk acara FLORIA 2013 pula ;)

So many things to story here, so I just post a few. I went to this event two days in the row, Saturday and Sunday, because so many thing to see. The important mission for me is to get new collection of orchids. Then another thing, I can see the new idea and innovative garden arrangement for next coming FLORIA 2013 ;), Early preparation.

Entrance to SGF 2012

Cinderella inside?

Cinderella vehicles welcome you in front of entrance gate

Golden Shower welcome you along the side walk

It like you enter to the different world, even it is just in the building...
 
Walaupun SGF ini mensasarkan kepada hiasan taman dan tidak terhad kepada mana-mana species tumbuhan, akan tetapi secara keseluruhannya hampir 80% hiasan taman dan konsep di sini banyak yang menggunakan orkid. Rasa seperti datang ke World Orchid Conference saja. Mungkin di sebabkan kepelbagaian bentuk dan variasi warna orkid, ia menjadi pilhan utama untuk acara ini. OdD buat kesimpulan, orkid masih menjadi fokus utama jika melibatkan acara-acara besar sebegini dan ia mempunyai tarikan yang tersendiri, malah perkara ini juga berlaku di FLORIA 2012 yang lalu. Orkid masih menjadi tumpuan utama dalam acara tersebut.

Even though this event more to garden and space flower arrangement and no limit to specific plants. What I can see here a lot of orchids was used. Maybe because of the varieties of shape and colors , make orchid as first choice for this event. So orchid still the main focus here ;)
The giant bee with the orchids in the landscape

Miltonia hybrid...the color so soft and so nice

Orchid landscape

Phalaenopsis orchid landscape

The giant tree with full blooms of phalaenopsis orchids


OdD pergi tempoh hari naik bas saja dari Butterworth , Penang. Nak jimat ;) jadi wang yang lebih tu boleh lah di buat modal beli orkid ;) Pengalaman yang pertama OdD pergi naik bas ni...biasanya naik flight...jadi kurang adventure nya. Kebetulan hari yang sampai tu hujan lebat...memang adventure habis...terpaksalah naik teksi dari Queen Street terus ke tempat acara d Suntec City Exhibition Hall, tak merasalah nak naik MRT ;(
Ok lah tak mau cerita panjang lagi...berikut adalah gambar-gambar yang sempat OdD ambil sepanjang acara tersebut.

OdD went there by bus, from Butterworth, Penang to Johore, then from Johore, take a bus to Queen Street. This is the first experience for me, go to Singapore by bus, normally just by flight. It is really good experience and  by the way it really cheap. As early planning from QS just want to take the MRT to go to the event place in Suntec City Exhibition Hall, but there are really heavy raid, so I decide to go there by taxi.
So here I share few pictures during the event.

Ini adalah hiasan taman kesukaan OdD...menerjah sepanjang latitude dan longitude dunia...melewati taman seluruh dunia dari negera 4 musim ke negera tropika. Sangat menarik!
This is my favorite landscape during the event...tour from four season country to equatorial and tropic. Really interesting!

From Paris with love ;)

Italy to Moscow

Taj Mahal, India ke Taipei?

Kuala Lumpur ke Indonesia

Hola...Brazil

Welcome you at Uncle Sam country now!

Pyramid Giza...Egypt

Eiffel Tower, Paris Again?

Netherland...the Oranje...where tulips so famous!

Not sure what it is...but the fragrant so nice ;)
Japanese garden concept

So modern landscape concept

More equatorial garden

Igloo...no..no... it just the glass. Concept garden from Canada

In the jungle...nice I have upload the short video for this...lighting effect so nice



fantasy garden where you can see the real olive tree...bring from far east!

Fantasy garden with 7 dwaft ;)

Cactus garden...simple but so nice
Decoration from vanda orchid roots

White garden with phalaenopsis

Another enchanting flower decoration
Acara ini juga memberi pelbagai pengiktirafan kepada seni hias- seni hias  taman yang dipamerkan. Apa yang dipaparkan di sini adalah pameran yang mendapat pengiktirafan dari pihak penganjur.

This event also give an awards to the garden landscapes and decorations , what I shows here, most of them won an award.

Pengiktirafan tertinggi 'The Best in the Show' adalah hiasan kreatif melalui pameran 'Floral Kladiescope'. Nak cerita panjang pun susah juga ni...ringkasnya ia adalah seni hias bunga dan gabungan penataan cahaya visual. Disertakan 3 visual yang sempat OdD ambil untuk dikongsi di sini.
The highest appreciation or award winning is the Floral Kladiscope, won The Best of The Show! Here I uploaded three short videos to share with you.
Highest award : 'Best in The Show

Selain seni hiasa taman, ada juga pertunjukan lukisan, pertandingan hiasan meja, hiasan dinding dan seni hias taman kecil. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat OdD ambil untuk tatapan bersama di sini.

Many things to share here, enjoy the pictures ;)
Floral exotica




Ini pula merupakan antara ruang hiasan kotemporari yang dipamerkan, begitu menarik !

Plastics and orchids

White wedding

Vanda Miss Jaoqim...Singapore National flower

The red curtain

Selain itu hiasan meja juga di pertandingakan, pelbagai katrgori yang dipertandingkan mengikut peringkat umur, dari 7 tahun hingga dewasa. Semuanya mempunyai sentuhan kreativiti yang tersendiri.
Table arrangement, have many categories from ages of 7 years to adult...so creative and innovative!














Banyak lagi yang tidak dipaparkan di sini umpamanya Pertandingan Bonsai dan seni batu...kamera dah habis bateri jadi tak sempatlah nak ambil gambar ;(
Many thing I not captured due to camera  battery finished, such as Bonsai and Seishukei (Stone art).

Apa yang menarik lagi adalah gerai jualan...ini lah masanya nak bershopping...
Another interesting to do here...shopping time ;)
Market place

Orchids souvenirs

Jumbo Orchids from Taiwan

Equagenera from Equador


Mundiflora from Equador
Selections of orchids in Taiwanese booth

Selections of orchids in Taiwanese booth
OdD akan sambung cerita seterusnya yang fokus kepada pertandingan dan pameran orkid di SGF ini di post yang akan datang.

I will continue this report in the next post, but it just focus on Orchid Show and competition. See you soon ;)

Gardens and flowers have a way of bringing people together, drawing them from their homes ~ Clare Ansberry
1 Response
  1. Babes Says:

    Wah seronoknya, kalau blh sy pun nak pergi la, tp tak best la klu pg sorang2, klu ada kawan pg lg seronok.
    Spendapat dgn tuan, tn nak pg tu tak lain tak bkn mmg nak tambah koleksi orkid.
    Jgn lupa uploadkan gambar orkid yg tuan beli kat sana ye.