Makarimi Abdullah
Hari ini 29 Julai 2010

Sudah banyak hari tak update blog ni...asyik sibuk dengan menulis thesis dan kesihatan yang kurang baik sepanjang 2 minggu ni. Hari ni pun masih batuk dan selsema.
Walaupun tak sihat...pergi juga join pertandingan orchid kat Perlis sempena Mini MAHA Perlis 2010, semalam (28 July 2010), kalau nak masuk pertandingan kena daftar awal dari hari pembukaan sebenar. Majlis ni berlangsung di Dataran 350, Kangar perlis dari 29/7 hingga 1/8 ni.
Banyak pokok aku yang tak sempat nak kembang untuk pertandingan ni...jadi ambil balance2x yang ada saja, yang kembang minggu lepas, tak banyak pun yang dibawa cuma dalam 10 pokok aja, ada lebih 10 pokok lagi yang baru buka dan tak sesuai untuk pertandingan. Dalam banyak2x pokok yang dibawa...satu yang paling akau suka ...species orchid dari amerika latin... Rhyncolaelia dgibyana, coz pokok ni jarang2x sangat org nak bawa ke 'show' dan memang tak ramai pun yang ada pokok ni.
 Ini gambar yang diambil tahun lepas, pokok yang sama juga yang dibawa ke pertandingan kali ini.
Selepas penghakiman dalam jam 6pm, alhamdullillah...ada juga yang menang dalam kategori masing2x, 6 dari 10 pokok, kira ok lah tu. Cuma tahun ni tak lah sebaik tahun lepas dan dua tahun yang sudah, boleh dapat 'Best plant of the Show'. Timing betul2x tak kena tahun ini. Apapun bersyukur juga...coz boleh juga bersaing dengan org2x lama dalam pertandingan ini.
Kerana kelam kabut punya pasal...kamera pun tak bawa...tak dapatlah nak amik gambar. InsyaAllah hari Ahad ni nak g ambil pokok, jadi akan snap gambar2xnya dan di uploadkan di sini.
Makarimi Abdullah
World cup punya pasal...terpaksa ambil EL. Nasib baik ada cuti lagi...kalu tak...MC lah jawabnya. Pasukan Sepanyol jadi juara....haaahaaa syok betul. Paul si sotong juga yang betul, lepas ni jadi masak kicap lah engkau oleh penyokong Belanda.
Dah tak pergi kerja ...hari ni aku dok kat orchid hut ajalah...kelebk pokok satu persatu...potong mana-mana bunga yang patut. Coz semalam dah pegi show, pokok perlu kena maintain. Jadi untuk bagi pokok ada tenaga yang cukup...kenalah potong bunganya... Jangan sayang bunga...nanti pokok yang KO. Itu adalah tips untuk jaga pokok orkid ini.
Selebihnya aku just update blog aja hari ni. Adios...
Makarimi Abdullah
11 Julai 2010

Setelah bersiap sedia dengan aturan pokok di dalam kereta, jam 8:30am aku dan Ibrahim sudah bertolak dari rumah ke rumah Zul untuk ke Pertadingan Orkid di Taiping.
Jam 9:10am sampai di rumah Zul, loading pokok Zul dan kami bertiga terus berolak ke Taman Tasik Taiping.

Perjalanan dari rumah Zul di Tanah Liat, Bukit Mertajam mengambil masa 1 jam 20 minit untuk sampai di Taman Tasik Taiping, waktu kira-kira jam 10:35am. Awal juga sampai, selalunya sampai lewat kurang lebih jam 11:00am.
Sampai aja di tempat pameran, tak ramai yang ada di sana, mungkin kebetulan pada waktu yang sama ramai orang yang sudah ke Floria di Putrajaya.
Pokok yang dah ada untuk pertandingan juga tak banyak...kurang lebih waktu kami sampai, ada kurang lebih 60 pokok. Kami di sambut oleh Mr Neoh and the Taping Orchid society gang's. Banyak yang menunggu kehadiran kami bertiga, katanya nak tengok pokok yang 'special' kali ini.
Buka aja bonet keta, Mr Neoh dah tanya "berapa pokok, ada hari ini?" aku jawab ringkas..." tak tahu, sebab tak kira tadi"
Ada juga tegur boleh dapat best plant hari ni..selepas terpandang Cattleya yang kami bawa ada 7 kuntum bunga yang besar-besar dan masih fresh.
Setelah pendaftaran di buat....pokok kami bertiga ada 19 pokok, dan kali ini letak bawah satu nama penyertaan 'Ibrahim'.
Kami memang gilir-gilir letak nama untuk penyertaan di sini, bukan apa senang nak kira waktu amik pokok balik.
Hari ni Zul dan Mr Ng Hock Sing jadi judge untuk represent FOMOS (Federation of Malay Orchid Society. Aku??? tak sihat hari ni...pagi2x awal buta dah terpotong jari waktu buat kerja belakang rumah sebelum bertolak pagi tadi, parah juga tu...terkeluar kuku terpotong dengan pisau.
Dalam Jam 11:30am mula judge dan habis jam 1:00pm, dan setelah diduga oleh ramai orang yang ada kat situ, kami menang banyak kategori, termasuklah "Best Plant of The Show", seperti yang telah ramai jangka. Pokok yang menang tu "BLC Chong Guu Swan" dengan 7 kuntum bunga yang segar dan besar2x lagi. Pokok lain tu ada yang dapat no. 1, 2 dan 3 bagi setiap kategori. Boleh tahan juga penyertaan kali ni, lumayan juga wang tunai yang kami bertiga dapat. Alhamdulillah...berkat usaha dan sabar kami berjaya juga sampai ke tahap ini.
Dan...hari ni kami jumpa 'geng' orkid baru...Kak Sharafidah dari Parit Buntar, ramah betul orangnya. Dia dan hubby kerja kat USM Nibong Tebal. Panjang ceritanya tentang orkid dan pengalaman yang dia lalui. Dan kami akan berhubung lagi untuk berkongsi hobi yang unik ini. InsyaAllah.

Makarimi Abdullah
7 Julai 2010

Dah 7 hari mula kerja setelah cuti panjang 2 tahun. Fikiran masih blur....lagi. Nak mula dengan apa yer...
Dah tak tau nak buat apa...at last masuk seminar ajalah. Nano-imaging techniques and applications. Related ngan kerja sekarang ni. Banyak betul teknologi baru...seronok betul kalu dapat hands-on new equipment ini. Tapi akan daya....memang Malaysia ni susah sangat nak beli benda2x cam ni. Ekonomi pun tak berapa baik...jadi tengok slide dan dengar product expert citer ajalah.

Semalam mula dan hari ni dah abis...dapatlah tulis dalam time sheet bulan ni...jika tak tau jugalah apa nak tulih hujung bulan ni.
Ni update blog kerana nak cuba keyboard dan mouse beli tadi...dah 2 tahun tak guna komputer ni...kedua2xnya dah rosak. Minta nak beli ngan duit petty cash company banyk sungguh songehnya. Nak tak nak kena beli ngan duit sendirilah...keluar lagi duit hari ni. Bila lah nak masuk banyak2x ni. Tension gak ...asyik keluar ajer.

Lagi risau bila dengar berita kat Sinar FM hari ni katanya semua subsidi dah mula dimansuhkan tahun ni. Bertambahlah perbelanjaan...nilai duit makin kecil...naik gaji pun macam tak naik aja. Kerajaan2x...fikirlah kesusahan rakyat sama...letih sungguh dengar kos hidup melambung!!!

Itulah realiti kehidupan hari ni...
Fantasi begitu indah....
Impian nak hidup mudah....bila nak jadi kenyataan agaknya???!@%>#$
Makarimi Abdullah
Hari ni 5 Julai 2010.

Lama sungguh dah tak update blog ni. Sibuk sangant dengan Thesis dan lain2x yang 'Realiti'nya bercampur-baur, sepanjang 5 bulan lalu. Ada sedih, ada gembira dan selalu juga ber 'Fantasi'.
Bulan March memang dah sampai Bangkok dan Hanoi, tak sempat nak beli Orkid, coz sibuk sangat dengan Conference dan kecoh betul dengan Baju Merah di Bangkok. Jadi kempunan ajalah.

Last 2 weeks baru balik dari cuti2x Indonesia (Bandung, Jogja, Jakarta). Kat sini dapatlah bawa balik ole-ole Orkid, Phalp. Supardii, yang dipesan dari teman di Palembang. Dah setahun dia tanam di sana. Thanks Pak Uki and Pak Petrus, without both of you, tak dapatlah orkid yang menjadi idaman sejak sekian lama ni.

Hari ni, rasa nak update blog ni coz myfren Ibrahim buka blog Kak Yong dan Seri Orkid. Syok juga tengok orgnyer blog. Jadi teringin juga nak tengok blog sendiri ter'update'. Jadi updatelah blog sendiri hari ni.

Kebetulan hari ni ada amik gambar orkid yang sedang kembang untuk 'Pertandingan Orkid Taiping' hujung minngu ni (11/07/2010). Harapnya sempatlah sampai waktu tu, coz inilah kali pertama orkid ni kembang sampai 7 kuntum, biasanya 3 kuntum aja. Orkid yang dimaksudkan ialah BLC Chong Guu Swan. Ada harapan nak dapat best plant pada hujung minggu ni di Taman Tasik Taiping, harap-harapnya lah InsyaAllah.