Makarimi Abdullah
11 Julai 2010

Setelah bersiap sedia dengan aturan pokok di dalam kereta, jam 8:30am aku dan Ibrahim sudah bertolak dari rumah ke rumah Zul untuk ke Pertadingan Orkid di Taiping.
Jam 9:10am sampai di rumah Zul, loading pokok Zul dan kami bertiga terus berolak ke Taman Tasik Taiping.

Perjalanan dari rumah Zul di Tanah Liat, Bukit Mertajam mengambil masa 1 jam 20 minit untuk sampai di Taman Tasik Taiping, waktu kira-kira jam 10:35am. Awal juga sampai, selalunya sampai lewat kurang lebih jam 11:00am.
Sampai aja di tempat pameran, tak ramai yang ada di sana, mungkin kebetulan pada waktu yang sama ramai orang yang sudah ke Floria di Putrajaya.
Pokok yang dah ada untuk pertandingan juga tak banyak...kurang lebih waktu kami sampai, ada kurang lebih 60 pokok. Kami di sambut oleh Mr Neoh and the Taping Orchid society gang's. Banyak yang menunggu kehadiran kami bertiga, katanya nak tengok pokok yang 'special' kali ini.
Buka aja bonet keta, Mr Neoh dah tanya "berapa pokok, ada hari ini?" aku jawab ringkas..." tak tahu, sebab tak kira tadi"
Ada juga tegur boleh dapat best plant hari ni..selepas terpandang Cattleya yang kami bawa ada 7 kuntum bunga yang besar-besar dan masih fresh.
Setelah pendaftaran di buat....pokok kami bertiga ada 19 pokok, dan kali ini letak bawah satu nama penyertaan 'Ibrahim'.
Kami memang gilir-gilir letak nama untuk penyertaan di sini, bukan apa senang nak kira waktu amik pokok balik.
Hari ni Zul dan Mr Ng Hock Sing jadi judge untuk represent FOMOS (Federation of Malay Orchid Society. Aku??? tak sihat hari ni...pagi2x awal buta dah terpotong jari waktu buat kerja belakang rumah sebelum bertolak pagi tadi, parah juga tu...terkeluar kuku terpotong dengan pisau.
Dalam Jam 11:30am mula judge dan habis jam 1:00pm, dan setelah diduga oleh ramai orang yang ada kat situ, kami menang banyak kategori, termasuklah "Best Plant of The Show", seperti yang telah ramai jangka. Pokok yang menang tu "BLC Chong Guu Swan" dengan 7 kuntum bunga yang segar dan besar2x lagi. Pokok lain tu ada yang dapat no. 1, 2 dan 3 bagi setiap kategori. Boleh tahan juga penyertaan kali ni, lumayan juga wang tunai yang kami bertiga dapat. Alhamdulillah...berkat usaha dan sabar kami berjaya juga sampai ke tahap ini.
Dan...hari ni kami jumpa 'geng' orkid baru...Kak Sharafidah dari Parit Buntar, ramah betul orangnya. Dia dan hubby kerja kat USM Nibong Tebal. Panjang ceritanya tentang orkid dan pengalaman yang dia lalui. Dan kami akan berhubung lagi untuk berkongsi hobi yang unik ini. InsyaAllah.

3 Responses
  1. Anonymous Says:

    wahhh ... dapat best plant, seronok juga, tapi tak banyak pokok, boleh la, nanti tengok Taiping Sentral show bulan november ni, kalau boleh dapat best plant kat sana, barulah boleh bangga !!


  2. kira ok lah tu...bersyukurlah dengan anugerah tuhan...nak cari saudara se islam yang masuk pertandingan ni pun tak banyak...asyik 'syoq' tengok sendiri aja kat rumah...puas dipujuk untuk turut serta...tak ada juga yang mahu membabitkan diri.
    selalunya tak kena 'timing' dengan show yang besar.
    Masih mencuba untuk pastikan kena 'timing' dengan show yang besar.
    Pertandingan besar2x ni selalunya Orchid 'highland' akan turun...amat sukar untuk lawan dengan orkid highland...yang ada kelas tersendiri.
    mungkin kurang faham dengan maksud saya...'saudara/saudari' masuk gelanggang dulu dan akan faham apa yang dimaksudkan!!!


  3. Anonymous Says:

    Turun gelanggang dulu ler.. baru bleh tahu senang ker susah nak dapat title "best plant"... tak kira ler show kecik ker atau show besar..ader yg dah berbelas tahun masuk pertandingan.. Tu pun dlm tahun 2008 dpt setakat best reserve jer.. Timing bunga mesti mau 'ngam' dgn show..