Makarimi Abdullah
World cup punya pasal...terpaksa ambil EL. Nasib baik ada cuti lagi...kalu tak...MC lah jawabnya. Pasukan Sepanyol jadi juara....haaahaaa syok betul. Paul si sotong juga yang betul, lepas ni jadi masak kicap lah engkau oleh penyokong Belanda.
Dah tak pergi kerja ...hari ni aku dok kat orchid hut ajalah...kelebk pokok satu persatu...potong mana-mana bunga yang patut. Coz semalam dah pegi show, pokok perlu kena maintain. Jadi untuk bagi pokok ada tenaga yang cukup...kenalah potong bunganya... Jangan sayang bunga...nanti pokok yang KO. Itu adalah tips untuk jaga pokok orkid ini.
Selebihnya aku just update blog aja hari ni. Adios...
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    dari mana dapat pokok best plant tu ....


  2. Anonymous Says:

    dengar ada orkid show di PP pada bulan Ogos, ada banyak pokok special utk jadi bset plant lagi kot?. Ada seorang kita yg selalu menang pokok terbaik di PP, siapa dia ?. kenal tak dia?.


  3. Saya dapat pokok best plant tu dari Taiko Orchid Penang (old chinese man), last 2 years. Boleh tahan juga harganya.
    Dia baru mati dalam 2 bulan lepas, aja...


  4. Orchid show bulan ogos ni adalah sempena Mesyuarat Agung tahunan ke 51, pada 14 Ogos nanti, jam 9.00am di Botanical Garden. Datang lah...boleh saya rekemenkan jadi AJK, barulah boleh kenal dengan taiko2x orkid ni...kalau dah kenal tu...boleh lah nak pujuk beli pokok2x yang best tu.
    Saya tak tahu lagi nak ada pokok utk best plant, coz sekarang baru habis pilih pokok untuk SHOW mini Maha Perlis, bermula hari ini 29/7 hingga 1/8. Minggu depan baru tahu ada pokok apa utk show Penang pula.
    Org kita tu...En. Shamas Presiden FOMOS, kenal sangat lah coz saya pun dalam persatuan ni. boleh tengok laman web www.fomos.com.my untuk keterangan lanjut.