Dah 7 hari mula kerja setelah cuti panjang 2 tahun. Fikiran masih blur....lagi. Nak mula dengan apa yer...
Dah tak tau nak buat apa...at last masuk seminar ajalah. Nano-imaging techniques and applications. Related ngan kerja sekarang ni. Banyak betul teknologi baru...seronok betul kalu dapat hands-on new equipment ini. Tapi akan daya....memang Malaysia ni susah sangat nak beli benda2x cam ni. Ekonomi pun tak berapa baik...jadi tengok slide dan dengar product expert citer ajalah.
Semalam mula dan hari ni dah abis...dapatlah tulis dalam time sheet bulan ni...jika tak tau jugalah apa nak tulih hujung bulan ni.
Ni update blog kerana nak cuba keyboard dan mouse beli tadi...dah 2 tahun tak guna komputer ni...kedua2xnya dah rosak. Minta nak beli ngan duit petty cash company banyk sungguh songehnya. Nak tak nak kena beli ngan duit sendirilah...keluar lagi duit hari ni. Bila lah nak masuk banyak2x ni. Tension gak ...asyik keluar ajer.
Lagi risau bila dengar berita kat Sinar FM hari ni katanya semua subsidi dah mula dimansuhkan tahun ni. Bertambahlah perbelanjaan...nilai duit makin kecil...naik gaji pun macam tak naik aja. Kerajaan2x...fikirlah kesusahan rakyat sama...letih sungguh dengar kos hidup melambung!!!
Itulah realiti kehidupan hari ni...
Fantasi begitu indah....
Impian nak hidup mudah....bila nak jadi kenyataan agaknya???!@%>#$