Sudah banyak hari tak update blog ni...asyik sibuk dengan menulis thesis dan kesihatan yang kurang baik sepanjang 2 minggu ni. Hari ni pun masih batuk dan selsema.
Walaupun tak sihat...pergi juga join pertandingan orchid kat Perlis sempena Mini MAHA Perlis 2010, semalam (28 July 2010), kalau nak masuk pertandingan kena daftar awal dari hari pembukaan sebenar. Majlis ni berlangsung di Dataran 350, Kangar perlis dari 29/7 hingga 1/8 ni.
Banyak pokok aku yang tak sempat nak kembang untuk pertandingan ni...jadi ambil balance2x yang ada saja, yang kembang minggu lepas, tak banyak pun yang dibawa cuma dalam 10 pokok aja, ada lebih 10 pokok lagi yang baru buka dan tak sesuai untuk pertandingan. Dalam banyak2x pokok yang dibawa...satu yang paling akau suka ...species orchid dari amerika latin... Rhyncolaelia dgibyana, coz pokok ni jarang2x sangat org nak bawa ke 'show' dan memang tak ramai pun yang ada pokok ni.
Ini gambar yang diambil tahun lepas, pokok yang sama juga yang dibawa ke pertandingan kali ini.
Selepas penghakiman dalam jam 6pm, alhamdullillah...ada juga yang menang dalam kategori masing2x, 6 dari 10 pokok, kira ok lah tu. Cuma tahun ni tak lah sebaik tahun lepas dan dua tahun yang sudah, boleh dapat 'Best plant of the Show'. Timing betul2x tak kena tahun ini. Apapun bersyukur juga...coz boleh juga bersaing dengan org2x lama dalam pertandingan ini.
Kerana kelam kabut punya pasal...kamera pun tak bawa...tak dapatlah nak amik gambar. InsyaAllah hari Ahad ni nak g ambil pokok, jadi akan snap gambar2xnya dan di uploadkan di sini.