Banyak yang OdD ketinggalan untuk 'update' blog ini sejak beberapa bulan yang lalu. Terlalu sibuk dengan pelbagai perkara di pejabat dan kerja sendiri. Namun sempat juga jalan-jalan makan angin dan cari orkid, cuma tak kesempatan nak update blog kerana keletihan ;(
Perjalanan ke Bangkok, Thailand ini adalah secara kebetulan dan tanpa perancangan yang rapi. Hasrat untuk menolong kenalan untuk persediaan beliau menyertai Floria 2013 di Putrajaya, telah membawa OdD ke Bangkok ini buat kesekian kalinya.
OdD pergi ke Bangkok ini pada 5 Jun 2013 yang lalu, perjalanan darat menggunakan 'VIP muslim coach', yang mana mengambil masa perjalanan sepanjang 10 jam dari Padang Besar, Perlis. Kali pertama pergi ke Bangkok menggunakan jalan darat....begitu mengujakan. Kos pun begitu murah serta selesa, tambahan pula dapat merasai perjalanan jauh 'tanpa TOL' di jalan 6 lorong di Thailand. Dulu hanya merasainya untuk ke Hatyai sahaja, tapi kali ni...menepuh perjalanan lebih kurang 800km...berbaloi. Betullah kata orang Thailand boleh buat jalan tanpa tol...ermmm Malaysia bila lagi erk??? Harap menjadi kenyataan nanti... ;( Perjalanan bertambah seronok kerana pemandu juga seorang muslim, jadi bab solat, penginapan dan makan minum tak perlu risau, tanpa was-was melantak ajer sepanjang perjalanan pergi dan balik... syoq giler ;)
Ok berbalik kepada cerita cari orkid ni...dah sampai Bangkok tempat pertama di tuju tentulah Siam Orchid Garden....cuma mencari kelengkapan perkebunan memang lengkap segalanya dan dah tentunya orkid tak payah nak cerita panjanglah...gambar akan menceritakan segalanya. Habis 'shopping' di sini...terus ke Chatuchak....jualan borong tanaman hiasan...dah jual macam sayur semua pokok hiasan. Siap duit saja nak beli....hahahaaa
Tentu ramai pelawat di sini bertanya, kenapa tak ke kebun orkid sekitar Bangkok saja yer....jawapannya mudah...tak cukup masa!!! Jadi rombongan OdD hanya sempat berjumpa beberapa pengusaha kebun di Bangkok dan buat order dari mereka di sini...kerana kebetulan juga banyak pengusaha turun ke Bangkok untuk 7th Siam Paragon Orchid Show, orchid show ini akan di ceritakan untuk post seterusnya.
Bila dah berjumpa dengan pengusaha-pengusaha kebun orkid di Bangkok ni, maka...perancangan nak datang melawat kebun mereka ni telah di rancang rapi. Tentu syoq kan kalau boleh pergi kebun dan 'shopping' orkid sepuasnya ;) Nak ikut tak? Kalau nak ikut...ini serba sedikit info lawatan yang akan OdD anjurkan untuk ke sana nanti. Maklumat lanjut akan di kemas kini dari masa ke semasa.
Lawatan ke kebun Orkid sekitar Bangkok
Tarikh: Cuti sekolah bulan Disember 2013
Masa bertolak pergi/ balik: waktu malam selepas Maghrib
Tempat berjumpa: Padang Besar, Perlis
Tempoh lawatan: 5 hari dan 7 malam (2 malam bertolak pergi dan balik)
Tempat lawatan: 4-6 kebun orkid sekitar Bangkok (4 hari) dan sehari pusing-pusing Bangkok
Tempat tinggal: Hotel Muslim di Bangkok
Pemandu: semuanya muslim
Pengangkutan: Super VIP coach
Anggaran harga (per head): RM1700 - RM1800 (pengangkutan dan tempat tinggal - makan tanggung sendiri)(harga hanya anggaran awal, akan dimuktamatkan....ianya tak akan lebih dari harga yang dipaparkan di sini)
Jadi kalau nak borong orkid sampai letih bolehlah join rombongan OdD ni...bab nak bawa masuk ke Malaysia, OdD akan bantu. Maklumat lanjut...contact lah OdD senang nak cerita.
Dah umum awal-awal ni...jadi bolehlah buat perancangan awal.
Stop bab ni...kita enjoy tengok gambar pulak ok ;)
The world is a book and those who do not travel read only one page ―
Augustine of Hippo