Makarimi Abdullah
Selamat Hari Merdeka ke 53

Kepada semua pembaca blog Orchid de Dangau.

Tahun ini hari kemerdekaan ke-53 disambut pada minggu ke-3 Ramadhan. Kebun dangauorchids dimeriahkan dengan kehadiran kuntuman2x bunga orkid yang segar berkembang. Kebanyakan yang berkembang pada hari-hari terakhir minggu ke-3 Ramadhan adalah antara koleksi 'special' yg ada di kebun ini. Majoriti orkid yang berkembang mempunyai 'splash' marking. May be kebetulan agaknya dan kebetulan pula ianya berkembang serentak. Dipaparkan santapan istimewa ini buat semua pembaca blog orchid de dangau.
Sekali lagi di ucapkan Selamat Hari Merdeka ke 53...dan rebutlah peluang beramal dengan lebih tekun di 7 malam terakhir Ramadhan yang semakin hampir.





Lc Maikai x Blc Haadyai Deligt


Lc Polenpit Crown
Blc (Macao x 24 karat)

Lc Phra Nakon Khiri x Cattelya Netrasiri Beauty
Blc Ching Hsing Jewel
Aerides Odorata
Cattelya Monte Elegante 'New Port'
Lc Varut Feastfull
Makarimi Abdullah
Ini salah satu lagi kegilaan aku dalam genera dendrobium ni, tapi aku hanya pilih yang sesuai untuk pertandingan lah. Memang typical sket tentang ni, jika tak, ia tak berbaloi untuk di beli. Competition akan mengambil kira tona warna, twist dan arrangement. Sebab tu jika p tengok orchid show bunga2x yang dipertandingkan ada 'class' tersendiri gitu...'outstanding' & 'awesome'. Berbaloi jika dapat orkid yang berbunga begini.
Topik ini diketengahkan kerana kebetulan pula...kat kebun belakang rumah sekarang dendrobium ini tengah galak berbunga....bagi meriahkan Ramadhan ini. Ini antara orkid horn type yang ada dalam koleksi aku, cuma yang sedihnya...kebanyakan hybrid yang aku ada ni hampir kesemuanya tak bernama...masih mencari namanya. Ada satu species horn type yang aku beli anak tisu dari NT Orchids memang belum bernama lagi, even dalam encyclopedia orchid pun belum didaftarkan lagi.

Makarimi Abdullah
Seperti yang dijanjikan pada update yang lalu dan setelah mencari file-file yang 2-3 tahun lepas dapat juga dipaparkan tajuk ini. Akan tetapi saya tak dapat paparkan close-up untuk kuntuman bunga satu persatu. Cuma yang ada di sini close-up picture secara rambang jambangan bunganya.
Dalam pada itu ada 2 variasi dari Thailand, akan tetapi gambarnya tak dapat di kesan lagi, jadi di sini akan dipaparkan cuma 3 variasi dari setiap negara. Variasi 'alba' akan di update untuk next post.
Agak sukar sebenarnya untuk membezakan antara ke tiganya jika tak dapat lihat 'the real flower', jadi next time musimnya saya akan ambil close-up yang terbaik untuk tatapan pembaca blog ini.
Dari segi texture bunga juga amat berbeza untuk variasi ke tiga2x negara ini melalui pemerhatian saya, begitu juga dengan daunnya, yang mana texture daun dan bunga dari variasi Myanmar lebih besar dan keras serta lebih bulat.
Manakala variasi 'Thai' yang saya paparkan di sini daunnya lebih panjang dan tirus serta nipis. Form bunganya agak lebih bulat begitu juga lips pada bunganya. Lagi satu variasi 'Thai lebih banyak 'spot' dan terang pada bunganya serta lips nya yang lebih panjang, daunnya pula keras dan sederhana panjang.
Variasi Malaysia pula daunnya hanya sederhana panjang serta bunganya antara lebih panjang begitu juga lips nya.
Ini serba sedikit pemerhatian dan pengalaman saya, sejak sekian lama menanam orkid genera ini.

Sekilas pandang jika tanpa bunga bagi variasi 'Myanmar' ia umpama Rhyncostylis gigantea atau pun Rhyncostylish (gigantea x retusa). Ramai taiko2x yg pertama kali melihat bunga ini mengatakan ia hybrid antara retusa + gigantea, mana mungkin, sebab saya sendiri beli orkid ini secara timbang kilo bukannya yang dah siap ditanam. Ambil pun dari importer dari Thailand.
Dipaparkan di bawah ini apa yang saya maksudkan antara variasi ini.

Makarimi Abdullah
Melalui pembacaan aku dari internet dan buku-buku rujukan dikatakan genera Grammatophyllum speciosum ini ada 12 varian warna. Sebaliknya varian yang aku pernah tengok  bunganya melalui gambar dan bunga yang 'real' dari pengumpul orkid genera ini sudah ada 13 varian warna. Nak dibuktikan pun susah juga lah kat sini...coz dulu tak terfikir pun nak masukkan dalam blog ini. Walaubagaimanapun, sekiranya ada rezeki dan berjumpa dengan pengumpul2x genera ini lagi di masa akan datang akan aku minta gambar dari mereka ini untuk di paparkan di dalam blog ni. Aku sendiri pun sebenarnya sudah ada 12 varian yang di maksudkan...akan tetapi sampai setakat ini hanya 2 varian yang berjaya berbunga di dalam tangan aku.


Akan dipaparkan juga untuk update kali ini adalah Grammatophyllum stapeliiflorum yang pernah jadi kegilaan sebelah utara ini...dalam 2-3 tahun lepas, yang mana waktu tu nak beli 3 bulb pun dah RM200, sekarang pun masih mahal lagi...tapi aku tak amik kisahlah coz aku sendiri dah ada banyak pasu sekarang. Berdasarkan maklumat dari pembacaan aku terdapat 2 variasi orkid jenis ini. Akan tetapi aku pernah tengok 3 variasi (2 yang bunga yg. 'real' dan 1 dalam buku/internet) semasa ke Pameran Orkid di Palembang pada tahun 2006, tapi gambar yang p Palembang ni tak tau letak kat mana lah pulak. Apapun jika ada akan di updatekan dalam blog ini nanti. Setakat ini aku hanya ada 2 varian aja, 1 varian lagi sedang di cari untuk tambahan koleksi untuk species ini.
Makarimi Abdullah
Dulu aku naik confuse dengan Asco satu ni. Selalu tengok jenis Malaysia aja dan ingatkan var Thai ini hybrid. Mati2x aku tak tau yang varian 'thai' ini adalah species juga, coz dalam byk buku yg pernah di baca setakat ni belum pernah tunjukkan antara keduanya ini. Sekarang Alhamdulliah kedua2xnya aku ada dan kedua2xnya pernah menang masuk orchid competition. Dipaparkan disini buat tatapan pengunjung untuk melihat apa yang aku maksudkan disini. Beza ketara pada keduanya ini, varian 'M'sia' lebih kecil petal dan sepalnya serta nipis seperti translucent, manakala var. 'Thai' lebih tebal petal dan sepalnya, nampak keras gitu bunganya. Dari segi warna pun var. 'Thai' lebih terang, ini kira nasiblah...maybe aku dapat yg colour lebih cerah untuk var. 'M'sia' ni. Tak ada pula close-up untuk kedua gambar ni...dulu tak pernah terpikir nak ambil close-upnya. InsyaAllah musim akan datang akan di ambil close-up picture untuk Asco ni.


Antara dua ini, aku prefer colour dari var 'thai' yang lebih menyerlah, cuma pokoknya masih kecil, jadi tak dapatlah nak 'outstanding' macam 'Malaysia' nyer varian ni.
InsyaAllah next time akan aku paparkan pula Rhyncostylish retusa var. Malaysia, Thai & Vietnam/Myanmar...skg semua sudah dalam koleksi, cuma nak kena cari balik album2x gambar yg lama dalam PC ni. Byk sangat nak kena filter out. Apa pun aku akan cuba utk paparkan di sini nanti.
Makarimi Abdullah
Minggu lepas aku begitu sibuk dengan projek ternakan dan 'repot' pokok dari Haadyai serta memotong bunga2x yang dah layu selepas pertandingan, masih ada yang berkembang di bulan mulia ni. Walaupun tak banyak yang berkembang waktu ni, ada orkid2x yang baru pertama kali atau jarang2x berbunga.

1. Rodriguezia Batemanii - orkid ini aku dapat dalam 2 tahun lepas, keadaan nazak sangat waktu beli dulu...dan kini bunga sulung mekar di bulan Ramadhan. Genera ini yang selalu dilihat di M'sia adalah Rodriguezia lanceolata atau dulu namanya Rodriguezia secunda. Jadi ia menjadi 'permata' istimewa di bulan yang mulia ini. Walaupun tak perfect....at least boleh lah tengok bunga yg 'real' punya.


2. Cymbidium dayanum 'borneo' - orkid ini jarang2x berbunga di kebun aku, setahun sekali aja, tapi istimewanya kali ini keluar 3 'spike' sekali gus. Minggu ni kembang hanya 1 'spike'...InsyaAllah lagi 2 'spike' lagi tu menjelang Syawal nanti pula. Kebiasaannya Cymbidium dayanum di semenanjung cuma berwarna putih dan ada 'marking' merah...tapi varian borneo ni ke semuanya merah.


3. Renanthera Bella - Ini lagi satu genera yang termasuk dalam kategori yang 'liat' sangat berbunga kat kebun aku. Sempena Ramadhan ni berbunga pula buat kesekian kalinya...mungkin berkat bulan yang mulia ini.

4. Blc Memoria Tiang - Catt. ini aku tanam tahun lepas, dan ini bunga sulungnya...cukup setahun ia berada di kebun aku. Dulu belinya pun di Haadyai juga di Expo pertanian (MO'O 2009).


5. Lc Mini Purple - Ini lagi satu Catt. hybrid yang agak malas berbunga di kebun aku, selalunya orkid jenis ni senang sangat berbunga...tapi apa silapnya pun aku tak tau...susah betul orkid ni nak berbunga. Namanya pun aku kurang pasti sebenarnya...coz waktu yang ditulis dulu macam tu, setahu aku Lc mini purple lain sikit paternnya, aku ada juga mini purple yang dimaksudkan itu...tak taulah pula, kalau2x ini varian yang lain. Jika ada pembaca yang tahu boleh komen tentang namanya kat sini.


Sekian update untuk hari ini....ada lagi yang sedang berkembang buat masa sekarang, InsyaAllah akan di paparkan untuk 'update' seterusnya.
Makarimi Abdullah
Sudah lebih seminggu tak update blog ini seperti yang dijanjikan...agak bz dengan kerja2x orchid dan projek penternakan. 
Seperti dirancang, pd 15 Aug lalu, aku , Ibrahim dan cikgu Zul, pergi juga ke Expo pertanian ni. Tahun ni, masuk tahun ke-3 dah kami follow expo ni, yg mana seperti MAHA di Malaysia, tapi bagi aku expo ni lagi hebat, coz banyak perkara boleh belajar kat sini dan besar sangat. Bukan nak agung kan acara di luar, tapi itu pandangan aku dan org2x Malaysia yang aku jumpa kat sini semua cakap perkara yang sama.
Setiap tahun, Expo ini berlangsung dalam minggu ke-2 atau ke-3 Aug di Universiti Prince of Songkla, Hatyai....dalam bahasa Siam nya expo ni dipanggil "MO 'O". Seperti tahun2x lalu aku n the gang gi dgn kawan dari Padang Besar kat sini. Tahun ni expo jatuh dalam bulan puasa begitu juga tahun depan. Cuaca yang panas dan humid menduga kami di sana, tak tahan dengan cuaca rasa pening pun ada. Disebabkan Orkid punya pasal, apa jua rintangan  sanggup redah juga. Harapan kami tahun ni, moga dapatlah species2x orchid yang baru pula...untuk menambah koleksi istimewa di kebun kami.
Tahun ni banyak juga dibelinya Orkid, ada yang species ada yang hybrid...tapi tak adalah byk sangat seperti tahun pertama pi dulu, bnyk sungguh borong waktu tu. Harga??? kat sini dah tentu murah nak dibandingkan dgn Malaysia. Kualiti...tak payah nak banding lah....coz Orkid Thai ni dah terkenal seluruh dunia, walaupun tukaran pd tarikh tu dalam Thai Bath9.96 = RM1, pokok yg dijual masih murah lagi, tukaran Malaysia dah jadi rendah kat sana.
Antara species yang kami beli antaranya, Encylia Tampensis 'alba', Encylia alata, Aerides Houlitiana, Cymbidium aloifolium 'alba' dan lain-lain...semua ni di lampirkan bersama post ini...untuk di kongsi bersama dalam blog ni. Sebagai tambahan...tahun ni waktu gi sana...tak tahan dengan dugaan tengok teratai2x yg cantik sangat...beli juga lah walaupun tak banyak...coz harganya murah...termasuk pokok anggur hitam yang tak ada biji ...harap2x nanti boleh berbuahlah di sini. Tiga tahun  lepas dah beli anggur hijau...dan alhamdulillah dah berbuah setahun kemudian...jadi harapnya pokok anggur ni pun sama jugalah.

Makarimi Abdullah


Hari ini, 14 Aug 2010, hari yang ditunggu-tunggu, setelah lama benar FOMOS tak anjurkan pertandingan orchid bulanan. Tempoh hari untuk persediaan pertandingan mengharapkan ada dalam 20  pokok atau lebih untuk pertandingan ini. Awal pagi semasa nak 'reload' pokok ke dalam kereta, seperti biasa rutin 'check' terhadappokok dilakukan. Banyak pokok yang diharapkan boleh jadi 'killer' untuk pertandingan ini rosak dikerjakan oleh kumbang2x. Jadi pilih punya pilih, ada dalam 18 pokok aja yang boleh di bawa ke prtandingan ini. Itupun ada dalam 4-5 pokok hanya boleh 'meramaikan' majlis aja, kerana ada sedikit kecerdaan pada bunganya dek 'trip'.
Di sini disertakan sebahagian gambar kerja 'reload' pokok ke dalam kereta. Ini lah rutin kalau nak masuk pertandingan. Pokok2x disusun atur pada kadar maksimum untuk dipenuhkan ke dalam 'bonet' kereta.
Aku dan partner aku, bertolak dalam jam 8.30pagi ke Botanical Garden ni, dalam jam 9:45 kami pun sampai lah di tempat pertandingan. Perjalanan dari rumah aku ke sana ada dalam 1jam perjalanan, bawa  kereta pun slow aja hari ini, coz tak nak bunga rosak.

Dalam 11:30am, penghakiman dimulakan dan setelah direkodkan, 10 pokok aja yang menang dari 18 pokok yang dibawa. Itu aja rezeki hari ini. Ada yang dapat tempat pertama, ke dua dan ke tiga dalam kategori masing-masing. Apapun syukurlah dengan kemenangan ini, dapatlah buat belanja beli baja dan racun untuk orkid-orkid ini nanti.




Keseluruhan pokok yang bertanding kali ini adalah 102pokok, kira agak sengit juga pertandingan kali ini, terutama dalam kategori Dendrobium dan Cattleya. Apapun tak dinafikan, dendrobium mendapat tempat di hati juri, Dendrobium Inobi purple yang menjadi Johan pertandingan kali ini. Aku pun ada pokok ini tapi tak adalah sebesar pokok ini, coz baru 1 1/2 tahun aja ditanam.

Dalam jam 2 petang, AGM dimulakan. Seperti AGM biasa seperti tahun2x lalu, memang tak ramai yang datang, tapi kali ini ramai betul. Aku mengharapkan dapat 'OFF' lah untuk satu sessi, tapi tak boleh juga, kerana tenaga muda tetap diperlukan. Jadi satu sessi lagi khidmat aku dan teman2x seangkatan aku dilanjutkan untuk sessi kali ini. Presiden dan naib presiden dapat muka org baru, tahun ini Mr Micheal Ooi dan Mr Tony Tan. Sebenarnya mereka ini org lama, cuma tahun ni mula join committee semula. Mr Micheal Ooi ni, rasanya satu Malay dah kenal dia, khususnya peminat orkid, coz dia dah 3 generasi 'own' orkid nursery.

Ini aja nukilan buat pertandingan ini, mata pun dah ngantuk...esok nak gi Haadyai lak, na pi cari orkid baru kat expo pertaninan di sana. Aku akan update blog ni dan ceritakan di sini lak nanti.