Makarimi Abdullah
Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur OdD and the geng singgah pula di Cameron Highland. Buat ke sekian kalinya OdD dan teman datang ke sini. Biasalah tempat yang di tuju kebun orkid lah. Sebelum ini saya pernah paparkan kunjungan saya ke sini, waktu itu kebun ini hanya dibuka atas jemputan, sekarang ni dah di buka kepada umum, tapi masih perlu dihubungi untuk temujanji jika nak datang ke sini.
Di sini pelbagai jenis orkid dari seluruh dunia ada, spesis dan hibrid...puas lah jika nak memborong. OdD jika datang ke tempat seperti ini memang banyak juga berhabis...tak tahan godaan orkid ni. Siapa yang dah kena demam orkid tentu faham maksud OdD ini.Kebun orkid ini bukanlah terletak di tepi jalan dan mudah di lihat, sebaliknya di atas bukit dan terselindung dengan kebun sayur dan kebun kekwa. Jika nak ke sana perlu naik pacuan 4 roda...setakat naik kereta memang tak boleh sampai ke sini. Jadi OdD perlukan bantuan tuan empunya bawa untuk naik ke kebun ini.
Ok lah tak mau panjang cerita...kita tengok pula gambar-gambar yang di snap sepanjang lawatan OdD di sini.

Inilah 4WD yang digunakan untuk melawat nursery ini
Sobralia macranta 'alba'

Tolumnia (Purple Envy x Sunset Fort) x Stanley's Passion

Encyclia hybrid NOID
Lc hybrid NOID

Lc Mini purplehybrid NOID

Cattleya iricolor
Dendrobium spectabile
Paphiopedilum Winston Churchill

Paphiopedilum In-Charm Handel
Paphiopedilum rothschildianum

Paphiopedilum lowii


Paphiopedilum sp.

Paphiopedilum sukhakulii

Phragmipedium NOID


Paphpiopedilum sp.

Paph. (Makuli-curtisii)-Maudiae x Maudiae 'Napa Valley'
Masdevallia tovarensis

Masdevalia NoID

Masdevalia impostor

Masdevalia princeps
Phalaenopsis parishii

Phalaenopsis fuscata

Phalaenopsis Wintik Golden Dragon

Phalaenopsis manii

Phalaenopsis leopard prince



Cochleanthes amazonica

Gongora superflua

Paraphalaenopsis labukensis

Sebahagian  koleks orkid yang telah OdD borong  di sini
Lagi sebahagian yang diborong dan di kongsi berdama DPF dan OC

 

Happiness is to hold flowers in both hands. -Japanese Proverbs

Makarimi Abdullah
Sudah terlanjur sampai ke Kl ni...satu lagi orchid nursery yang OdD and the geng singgah. Dah lama OdD tengok web nursery ni melalui OrchidWire dan dengar pelbagai cerita. tak pernah sampai pun...cuma kali ini berpeluang untuk singgah di sini. Terima kasih juga kepada Orkidla kerana beri petua untuk sampai ke tempat ini. Nak harap cari sendiri confirm OdD sesat!

Di Lum chin ni ada pelbagai orkid hibrid dan species...meriah juga lah...cuma di sini suasananya ketika OdD sampai rasa kurang selesa...kerana lembab dan panas, naik rimas dibuatnya. Tapi kerana orchid sanggup juga berjam-jam berada di sini.  Bagi orang KL tentu ini adalah syurga orkid yang paling dekat dan mudah untuk di terjah. 

Banyak juga yang OdD shopping ...penuh jugalah sekotak besar....spesis ada, hibrid pun ada. Bagi yang nak pergi ke sini bolehlah tengok web nya di sini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat OdD snap sepanjang pergembaraan orkid di Kota KL ini.

Sisi depan Lum Chin Orchid Garden

Orkid-orkid di susun di kiri-kanan lorong - Tolumnia, Ionopsis sp dan vanda

Semaian anak-anak orkid
Phalaenopsis hibrid dan spesis di gantung pada BRC - ia diletakan bumbung untuk elakkan di basahi hujan

Pandangan sisi hadapan susunan phalaenopsis

Jauh mata memandang - semaian anak orkid pelbagai jenis
Pandangan menghijau - semaian anak-anak orkid

Semaian anak-anak dendrobium
Dendrobium (gouldii x betty gotto)

Ionopsis paniculata

Brassavola hybrid unknown

Dendrobium Sonia

Dendrobium hibrid - mutasi

Bread feeds the body, indeed, but flowers also feed the soul. - The Koran

Makarimi Abdullah
Minggu lepas,  OdD ada kerja di luar kawasan. Tempat yang di tuju adalah Kuala Lumpur. Sempat juga OdD ambil kesempatan untuk berjumpa teman-teman orchid di sana. OdD bertemu dengan pemilik blog Orkidla dan Pak Sheikh (Pelayar FB tegar dalam kalangan geng orkid pasti kenal sangat dengan Pak Sheikh dan Shaiful Orckidla ini).

OdD ke sana bersama teman, iaitu  Dpf (Dangau Poultry Farm) dan OC (OrchidCraze). Tempat yang OdD singgah dalam pengembaraan orkid ini adalah Hourai Orchid Nursery. Lama benar OD dengar Hourai Orchid ini dari mulut Orkidla...tapi minggu lepas baru dapat bertemu dengan pemiliknya. Memang mesra pelanggan begitu juga dengan madam nya. Seperti biasa kalau dah sampai orchid nursery ni..kalau tak beli rugi pulak rasanya...jadi apa lagi...shopping time ;-)

Business card


Lokasi Hourai Orchid ini terletak di Jalan Hulu Kelang. OdD tak lah arif sangat dengan jalan ke sini, jadi Orkidla yang bawa OdDd an Dpf ke sana. Apa lagi syoklah...kerana di sini banyak terdapat orkid species yang di cari. memang puas hati. Terima Kasih En. Shaiful...jasamu tetap di kenang ;-) Di sini dirakamkan beberapa gambar semasa pengembaraan orkid di kota KL ini. Peminat-peminat orkid jika mahu ke sini bolehlah contact tuan empunya nursery dulu...kerana ia di buka atas temujanji!


Tempat minum Japan tea ;-)
Hourai Orchid Nursery: Front door
Hourai Orchid Nursery - inside view with fish pond

Phragmipedium species

Paph. species
Aerides flabellata

Dendrobium primulinum 'alba'

Dendrobium discolor

Bulbophyllum sp.

Bulbophyllum klabatense

Bulbophyllum sp.

Bulbophyllum blumei

We have much to hope from the flowers. ~ Sir Arthur Conan Doyle