Makarimi Abdullah
Sudah terlanjur sampai ke Kl ni...satu lagi orchid nursery yang OdD and the geng singgah. Dah lama OdD tengok web nursery ni melalui OrchidWire dan dengar pelbagai cerita. tak pernah sampai pun...cuma kali ini berpeluang untuk singgah di sini. Terima kasih juga kepada Orkidla kerana beri petua untuk sampai ke tempat ini. Nak harap cari sendiri confirm OdD sesat!

Di Lum chin ni ada pelbagai orkid hibrid dan species...meriah juga lah...cuma di sini suasananya ketika OdD sampai rasa kurang selesa...kerana lembab dan panas, naik rimas dibuatnya. Tapi kerana orchid sanggup juga berjam-jam berada di sini.  Bagi orang KL tentu ini adalah syurga orkid yang paling dekat dan mudah untuk di terjah. 

Banyak juga yang OdD shopping ...penuh jugalah sekotak besar....spesis ada, hibrid pun ada. Bagi yang nak pergi ke sini bolehlah tengok web nya di sini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat OdD snap sepanjang pergembaraan orkid di Kota KL ini.

Sisi depan Lum Chin Orchid Garden

Orkid-orkid di susun di kiri-kanan lorong - Tolumnia, Ionopsis sp dan vanda

Semaian anak-anak orkid
Phalaenopsis hibrid dan spesis di gantung pada BRC - ia diletakan bumbung untuk elakkan di basahi hujan

Pandangan sisi hadapan susunan phalaenopsis

Jauh mata memandang - semaian anak orkid pelbagai jenis
Pandangan menghijau - semaian anak-anak orkid

Semaian anak-anak dendrobium
Dendrobium (gouldii x betty gotto)

Ionopsis paniculata

Brassavola hybrid unknown

Dendrobium Sonia

Dendrobium hibrid - mutasi

Bread feeds the body, indeed, but flowers also feed the soul. - The Koran

3 Responses
  1. That is a big place to visit. Some pretty Orchids also.

    Cher Sunray Gardens


  2. minat jugak orkid..tapi tak pandai jaga..yg ada pun tak berbunga2...


  3. Cher> This farm quite big...too tired to walk around this farm.

    hernyhafiz> Terima kasih atas komen dan lawat blog ini. Tak susah nak tanam dan jaga orkid. Jika cahaya dan air cukup ia pasti berbunga. pembajaan cuma tambahan dlam proses penanaman orkid ini. Usaha dan minat tanpa jemu, InsyaAllah akan memberi hasil yg dididamkan.